@jeming_hassan: Usaha mendekati anak muda Klate di luar kerangka politik. Ore muda Klate tidak bergantung kepada politikus dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Mereka sudah terbiasa hidup berdikari, merantau keluar mencari rezeki dan membina kehidupan dengan usaha sendiri. Ramai yang berjaya di luar Kelantan kerana kecekalan dan semangat berdikari itu. Mereka mengurus kehidupan sendiri tanpa banyak bergantung kepada sesiapa. Manakala anak Kelate yang kekal di bumi sendiri pula, dengan darah dan keringat terus berusaha hidup untuk keluarga dan negeri tercinta. Apa yang ada, mereka meneruskan kehidupan dengan bekerja, berniaga, bertani, melakukan apa sahaja yang termampu demi mencari rezeki dan meneruskan hidup. Kadang-kadang bukan kerana semuanya cukup, tetapi kerana mereka sudah terbiasa menerima seadanya dan terus melangkah. Namun jauh di sudut hati, ore muda Klate tetap ada harapan. Mereka mahu melihat Kelantan yang lebih segar, lebih hidup dengan peluang, dan lebih terbuka dengan idea serta masa depan. Kerana walau sejauh mana merantau, Kelantan tetap tanah asal yang sentiasa dekat di hati. Ambo cuba mendengar luahan, kritikan dan cadangan daripada pelbagai segmen anak muda, dengan harapan sedikit usaha ini dapat membantu menjadikan Kelate lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih KB Kawa X KB Yamaha, atas kesudian masa bersama. Kepada mana-mana Persatuan atau persendirian anak muda di Kelantan, jika ada apa-apa cadangan atau idea ambo bersedia bersama. Jom kita “Mgetea Mnakir”bersama.
Jeming Hassan
Region: MY
Sunday 08 March 2026 04:26:56 GMT
Music
Download
Comments
pawiee stopa :
Ejah ride jauh plop skali
2026-03-08 19:27:18
0
Fizly Hafiz :
👍👍🥰
2026-03-09 03:13:36
0
To see more videos from user @jeming_hassan, please go to the Tikwm
homepage.