@beritafit: Peringkat pertama STR Fasa 2 akan diawalkan mulai 10 Mac dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion. Ia melibatkan lima juta penerima yang dapat menikmati bantuan ini menjelang Aidilfitri. Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban rakyat semasa musim perayaan. Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pembayaran diawalkan supaya golongan yang layak dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa. STR Fasa 2 adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menyalurkan bantuan langsung tunai kepada rakyat. #STR #Aidilfitri #BantuanKerajaa #MadaniBekerja