@beritafit: Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026–2030 diperkenalkan sebagai langkah strategik untuk memastikan Malaysia terus kukuh dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia yang semakin mencabar. Melalui pelan ini, kerajaan berusaha memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. CMP 2026–2030 memberi tumpuan kepada empat keutamaan utama, iaitu memperkukuh akses pembiayaan agar lebih banyak perniagaan dapat berkembang, menyokong pertumbuhan perniagaan bagi merancakkan ekonomi negara, menjadikan kelestarian sebagai pemacu nilai dalam pembangunan ekonomi, serta memperluas penyertaan ekonomi supaya lebih ramai rakyat dapat terlibat dan mendapat manfaat. Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara. #MalaysiaMaju2045 #KDNK #BNM #Fiskal