@ummiazzahra47: Tuan-puan mesti tertanya-tanya macam mana kita nak cam malam seribu bulan ni kan? Sebenarnya Nabi Muhammad SAW sudah beri petunjuk yang cukup jelas untuk umat baginda. Antara tanda paling ketara adalah suasana malam tersebut akan terasa sangat tenang dan damai sampai ke lubuk hati. Cuacanya pula agak luar biasa kerana ia cukup sederhana, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk berbanding malam-malam sebelumnya. Malah, kalau Tuan-puan perhatikan betul-betul di dada langit, keadaan malam itu terang bersih tanpa ada kelibat bintang beralih atau meteor yang jatuh. Satu lagi rahsia besar yang baginda Nabi kongsikan adalah pemandangan pada keesokan paginya. Matahari akan terbit dengan cahaya yang sangat redup dan lembut, langsung tidak menyilaukan mata ibarat sinaran bulan purnama di siang hari. Jadi, memandangkan kita sudah tahu petanda-petanda ini, marilah kita pulun habis-habisan menadah tangan dan beribadah pada baki sepuluh malam terakhir ini. Sungguh rugi kalau Tuan-puan buat tak endah saja, sebab belum tentu tubuh badan kita ini diizinkan Allah untuk bernafas pada Ramadan tahun depan! #sahabatummiazzahra47 #tiktokersrevolusi🕵️♂️🕵️♀️ #perkongsianilmu #Janganlupafollowlikekomencopylinksavenrepost #tiktokmalaysiaindonesiasingaporenbrunaibrunai🇲🇾🇮🇩🇸🇬🇧🇳 @CAPT KAMAL SABRAN @🕵️♀️DETEKTIF WANA🍉 @Detektif Conan @JohanAutomotive @M@m@