@apakesdina: MALAYSIA PENGELUAR MINYAK, MASIH TERKESAN KRISIS MINYAK GLOBAL?? Walaupun Malaysia merupakan salah satu pengeluar minyak, negara masih terkesan dengan krisis minyak global kerana harga minyak dipengaruhi pasaran dunia. Kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengangkutan dan harga barangan meningkat, manakala sebahagian produk petroleum yang telah ditapis masih perlu diimport. Justeru, turun naik harga minyak global memberi kesan kepada inflasi, subsidi kerajaan dan kos sara hidup rakyat bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. #Iran #US #PerangAsiaBarat #HargaMinyak #SelatHormuz