@officialsarawakku: KUCHING, 17 Mac 2026 – Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie serta Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit. Antara tujuan utama kunjungan tersebut adalah bagi menyampaikan watikah pelantikan semula Premier Sarawak sebagai Pro Canselor UNIMAS bagi tempoh 15 Mac 2026 hingga 14 Mac 2029. Pelantikan semula ini diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak selaku Canselor UNIMAS atas nasihat Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Pelantikan ini menandakan kali keempat Premier Sarawak memegang jawatan sebagai Pro Canselor UNIMAS sejak pelantikan pertama pada 15 Mac 2017, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kepimpinan beliau dalam menyokong pembangunan institusi pendidikan tinggi di Sarawak. Dalam sesi tersebut, Naib Canselor UNIMAS turut membentangkan perkembangan terkini universiti termasuk pencapaian dalam bidang akademik, penyelidikan serta usaha memperkukuh pembangunan institusi berkenaan. Pada masa yang sama, pihak pengurusan UNIMAS turut memperkenalkan Fakulti Undang-Undang yang baharu ditubuhkan, menjadikannya fakulti ke-11 di universiti tersebut. Turut diperkenalkan ialah Dekan Fakulti Undang-Undang, YBhg. Profesor Dato’ Dr Johan Shamsudin Sabaruddin. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Ir. Ts. Dr Al-Khalid Othman; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie; serta Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Azlan Ramli. #sarawakku #premiersarawak #abangjo #sarawak #sarawakmajumakmur2030

Sarawakku
Sarawakku
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 17 March 2026 06:18:00 GMT
5540
225
3
10

Music

Download

Comments

dhar.90
Dhar 90 :
Congratulations to the Premier...as the top position in UNIMAS.....may the trust bring further improvement globally...never stop thepositive development too...😄
2026-03-19 22:16:17
1
putriadinda883
shah castello :
sokong penuh utamakan Sarawak fist's sarawak terus maju makmur harmoni selamanya
2026-03-18 07:36:36
1
sebi31078
Sebi :
macam ya lah kita bang Jo.
2026-03-17 16:21:57
1
To see more videos from user @officialsarawakku, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About