@apmkelantan: MAJLIS PELANCARAN OP PRIHATIN APM ZON TIMUR 2026 Gua Musang, 17 Mac 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Op Prihatin Peringkat Zon Timur sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Setia Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM, bertempat di Hentian R&R Shell Gua Musang, Kelantan. Pelaksanaan Op Prihatin ini bertujuan memastikan keselamatan dan kebajikan pengguna jalan raya sentiasa terjamin, khususnya sepanjang musim perayaan Aidilfitri. #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran