@epul_daus9110: TIGA SEBAB PN TAK LAYAK PIMPIN NEGARA Kenapa PN tak layak memimpin Malaysia sebagai kerajaan? Ini tiga sebabnya: 1) Tiada permuafakatan di dalam PN terutama selepas krisis MB Perlis. Maka bermulalah isu – isu dan polemik yang sengaja dicipta bagi mengundang provokasi dan perbalahan dua hala. 2) Segala permasalahan kecil mula diperbesar – besarkan khususnya dalam perihal siapa yang bakal menjadi “CALON PM”. Sedangkan pengurusan dalam parti dan gabungan pun gagal dikawal, in ikan pula mahu mentadbir negara?! 3) Wakil rakyat yang terlalu “berkarisma”. Konon MP Pasir Salak mahu menunjukkan betapa “karismanya” cara beliau dalam mengatur debat mengenai pengurusan perjanjian tarif negara tapi tidak mengkaji dan hanya bergantung kepada teks ucapan semata – mata. Jadi, masih mahu percayakan PN lagi? Tepuk dada, tanya selera! #perikatannasional #pas #bersatu #politikmalaysia