@apakesdina: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa dalam suasana dunia yang terus berdepan konflik termasuk di Asia Barat dan perseteruan geopolitik, masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri. Ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku harus ditangani dengan tegas dan berprinsip. Tambahnya, Malaysia tetap teguh dengan pendirian tegas dan jelas bahawa keganasan di Asia Barat perlu dihentikan segera. Konflik yang berpanjangan bukan sahaja mengancam keselamatan serantau, malah memberi kesan besar kepada kestabilan global serta kesejahteraan manusia. Justeru, Malaysia menyeru usaha kolektif diperkukuh bagi menamatkan keganasan serta memulihkan keamanan di Asia Barat. Pendekatan berlandaskan keadilan, kemanusiaan dan dialog amat penting bagi memastikan keamanan yang berkekalan dapat dicapai. #malaysiamadani #konflikasiabarat #perperangan #stopwar