@mediaselangor: Menjelang 1 Syawal, orang ramai khususnya penduduk sekitar Shah Alam sibuk membuat persiapan akhir, termasuk membeli barang mentah untuk memasak juadah raya. Tinjauan Media Selangor di Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam mendapati suasana pasar berkenaan mula dipenuhi pengunjung sejak awal pagi. Meskipun tarikh Aidilfitri sama ada jatuh pada Jumaat atau Sabtu masih menjadi tanda tanya, namun orang ramai kekal tenang dalam membuat persiapan. #MediaSelangor #kliksemasa