@datkhongbiet4: Hồi Tai nghe Bluetooth v5.4 âm thanh chất lượng, thiết kế tinh tế #xuhuong

BOPSHOP - Thế Giới Công Nghệ
BOPSHOP - Thế Giới Công Nghệ
Open In TikTok:
Region: VN
Monday 23 March 2026 14:36:09 GMT
6152
18
1
1

Music

Download

Comments

l_nhr
linh boutique. :
Nhìn đẹp ta
2026-03-23 14:45:40
0
To see more videos from user @datkhongbiet4, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗧𝗨𝗥 𝗔𝗗𝗔𝗧, 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦 Apa yang sedang berlaku dalam krisis takhta Negeri Sembilan bukan lagi sekadar perbezaan pandangan berkaitan adat dan perlembagaan. Ia semakin membimbangkan apabila nama-nama politik seperti Rais Yatim, Chegubard dan beberapa pihak berkepentingan mula dikaitkan dengan usaha yang mencetuskan pertikaian mengenai kedudukan takhta Negeri Sembilan. Lebih mengelirukan apabila terdapat pihak termasuk Pemuda PAS yang lebih awal menguar-uarkan bahawa Yang di-Pertuan Besar baharu telah dimasyhurkan sedangkan kedudukan Tuanku Muhriz masih belum diputuskan melalui proses yang jelas dan muktamad menurut perlembagaan. Dalam keadaan pertikaian masih berjalan, tindakan sedemikian hanya menimbulkan lebih banyak persoalan dalam kalangan rakyat. Kerajaan Persekutuan pula mengambil pendirian bahawa Tuanku Muhriz kekal diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar sehingga segala proses yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Sembilan diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Ini menunjukkan bahawa isu yang berlaku bukan semata-mata soal adat, tetapi juga melibatkan pematuhan kepada peruntukan perlembagaan negeri. Persoalan yang masih belum terjawab ialah bagaimana permasyhuran boleh dilakukan ketika status takhta masih dipertikaikan di mahkamah. Jika benar wujud kuasa untuk memilih atau melucutkan Yang di-Pertuan Besar, adakah semua prosedur yang diwajibkan oleh Perlembagaan Negeri Sembilan telah dipenuhi? Inilah perkara yang perlu diputuskan oleh mahkamah, bukannya oleh ahli politik atau penyokong parti. Tindakan mengadakan istiadat atau sidang yang dipertikaikan ketika perintah mahkamah masih berkuat kuasa juga membuka ruang kepada persoalan yang lebih besar. Jika bukan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang yang memanggil sidang tersebut, siapakah yang melakukannya? Mengapa individu seperti Rais Yatim sering disebut dalam polemik ini walaupun beliau bukan sebahagian daripada struktur rasmi yang membuat keputusan adat? Sejarah telah menunjukkan bahawa campur tangan politik dalam urusan institusi diraja sering membawa kesan buruk kepada semua pihak. Ramai masih mengingati bagaimana Annuar Musa pernah dikaitkan dengan krisis istana di Kelantan pada tahun 1993 yang akhirnya menjadi sebahagian daripada episod kontroversi politik negara. Sebab itu, apabila nama seperti Chegubard, Rais Yatim dan parti-parti politik mula muncul sebagai watak utama dalam pertikaian ini, rakyat berhak bertanya: adakah mereka benar-benar mahu mempertahankan institusi diraja, atau sedang menggunakan krisis ini untuk tujuan politik? Yang perlu dipelihara sekarang bukan kepentingan mana-mana tokoh politik, tetapi kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan Negeri Sembilan. Biarlah mahkamah menentukan kedudukan undang-undang. Biarlah perlembagaan menjadi rujukan. Dan biarlah institusi diraja kekal bebas daripada percaturan politik yang akhirnya hanya merugikan rakyat dan negeri.

About