@empat4enam6: (1862) Baju Melayu Teluk Belanga begitu sinonim dengan negeri Johor. Sehingga kini, busana warisan ini terus menjadi pilihan orang ramai termasuk golongan dewasa dan kanak-kanak untuk dipakai semasa musim perayaan dan majlis perkahwinan. Malah sekolah agama di Johor mewajibkan para pelajar memakai Baju Melayu Teluk Belanga. Ia mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemayam di Teluk Belanga Singapura. Menurut Zurawaty Husin daripada Yayasan Warisan Johor, nama baju Melayu Teluk Belanga ini diabadikan sebaik sahaja Inggeris menyerahkan Teluk Belanga, Singapura kepada Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim pada tahun 1862. Terdapat perbezaan pemakaian baju Melayu Teluk Belanga bagi kerabat DiRaja Johor dan rakyat biasa. Lazimnya, golongan istana akan mengenakan warna yang tidak sedondon seperti baju Melayunya berwarna biru, tetapi seluar berwarna hitam, manakala rakyat biasa akan memakai pakaian yang sedondon. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Menteri Besar Johor, Almarhum Dato' Jaafar bin Haji Muhamad supaya kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan. Baju Melayu Teluk Belanga diwajibkan dipakai bersama songkok sebagai pakaian Melayu Johor. -----JagatImpak---- #fyp Sumber: Media Digital Johor

4empat6
4empat6
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 25 March 2026 03:22:52 GMT
1097
37
1
0

Music

Download

Comments

raden.andika21
Raden Andika :
tak pakai tanjak?
2026-03-25 04:11:14
0
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About