@anasauf2023: Bukan pembangkang tak agresif atau tidak bijak memanfaatkan isu. Faktanya ialah, dalam situasi sekarang, sebelah kaki kita bertindak sebagai pembangkang dan sebelah kaki lagi berfungsi sebagai kerajaan. Setiap teguran kita kepada Kerajaan Pusat, kita mesti kemukakan langkah solusi dari Kerajaan Negeri. Barulah ia menjadi teguran yang membina dan kondusif. Contohnya, kita tegur kerajaan dalam isu beras tempatan. Dalam masa yang sama kita bentangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi seperti peningkatan infrastruktur pengairan, jalan pertanian, pembinaan empangan, penyelenggaraan pintu air, peningkatan kesuburan tanah dan lain-lain. Kita ulas isu kenaikan harga diesal yang sangat membebankan petani seterusnya menjejaskan rantaian pengeluaran makanan, dalam masa yang sama Kerajaan Negeri perlu mengatur langkah bertindak bagaimana untuk mengurangkan beban para petani terutamanya pesawah. Antara yang praktikal ialah, Kerajaan Negeri mempertimbangkan ruang dan kemampuan kewangan yang ada untuk memberikan tambahan insentif membajak atau jentuai. Kita sedia maklum, keuntungan Petronas hasil peningkatan harga minyak masuk kepada Kerajaan Pusat. Penyaluran wang petroleum atau royalti kepada Terengganu pula berhadapan pelbagai isu. Kenaikan harga minyak adalah keputusan MOF. Tapi Kerajaan Negeri tak boleh berlepas tangan kerana yang sedang menanggung beban ialah pesawah dan petani kita. Contoh lain lagi, kita minta Kerajaan Persekutuan selesaikan isu lesen nelayan. Dalam masa yang sama nelayan yang diberi lesen turun kelaut nak tangkap ikan. Maka Kerajaan Negeri buat pelbagai usaha untuk memperkayakan sumber perikanan. Barulah seimbang antara pemberian lesen nelayan dan peningkatan jumlah tangkapan. Kita sedar nelayan Terengganu terpaksa mendaratkan hasil tangkapan di negeri lain kerana isu infrastruktur pelabuhan dan jeti pendaratan. Maka kita usaha cari bajet untuk baik pulih dan naik taraf jeti yang dibawah selian LKIM. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga membina jeti-jeti baru untuk kemudahan para nelayan. Jalan-jalan pertanian yang teruk, kita cari bajet dari Kumpulan Wang Amanah Jalan dari Persekutuan untuk naik taraf. Bajet negeri juga kita peruntukan untuk tujuan yang sama. Kalau boleh saya katakan, zaman sekarang rakyat dambakan politik solusi atau politik penyelesaian dan bukan lagi politik gema yang berdegar-degar. Rakyat mengimpikan untuk menjalani hidup dengan tenang dan tenteram. Bagaimana kita sebagai pemimpin yang diberikan amanah boleh berperanan untuk mewujudkan ketenteraman dan kedamaian ini. 🗣️ @Azman Ibrahim
Anas Auf
Region: MY
Thursday 26 March 2026 01:33:34 GMT
Music
Download
Comments
pk.njang :
slow n steady YB.. jalan terus
2026-03-26 13:35:17
24
BluesMan MRK :
mantap YB Dr Azman
2026-03-26 14:47:52
12
bocahnu'man :
bijakkk Dr.💪💪
2026-03-26 10:13:32
20
Hanapi_90 :
MashaAllah.. Tabarakallah.. Terbaik Dr, apa2 pun, ambil langkah2 proaktif drpd setiap isu2 rakyat yg berlaku.. Terjemahkan kpd penyelesaian agar memberi manfaat secara terus.. 👍😊💚💚💚
2026-03-26 13:43:56
16
pjok296 :
Hebatnya pemimpin yg pegang amanah Allah
2026-04-18 15:21:04
1
Bro Mie :
terbaik yb👍👍👍
2026-03-26 10:12:55
8
Fuzias Yatim :
Alhamdulillah 👍👍👍👍
2026-04-20 05:05:37
0
oda :
🥰🥰 terbaik ulasan
2026-03-26 09:32:02
9
Zhou Hayllmy :
terbaikk laa sek mu ni...dok tunggang pn isu2 semasa hk ade skg ni...terharu rasee...rse mcm sweet jee masing2 wt kejee masing2...terime kasih YB2 yg baikkk♥️
2026-03-26 13:15:04
5
cahaya_hati_ibu :
Mantap... Terbaiikk
2026-03-29 00:10:06
0
Dedeb :
@Dedeb: Sekarang minyak kita dh boleh lalu selat maknanya boleh kembali pada harga normal kan ?
2026-03-26 10:26:45
0
sitizamrah :
jalan terus semua mp2 pn jaln tugas yg terbaik .
2026-03-28 23:45:30
1
Jamall273b :
tegak jer kata kata nya 👍.
2026-03-26 12:25:41
3
Z.M.Y. :
penjelasan yg sgt kemah👍👍👍
2026-03-26 14:53:50
3
Bada :
Alhamdulillah.Kemah YB kita.
2026-03-28 22:56:02
0
Makcik Syuhada :
Terbaik 👍👍
2026-04-18 11:10:48
0
Elizarah_23 :
MashaAllah...terbaik Yb
2026-03-26 02:35:53
3
Kak Rafidah :
penjelasan yg 👍👍
2026-03-26 07:59:42
2
Khaikkay :
YB yang bijak
2026-03-26 09:48:20
7
Ateh69@Team Sha :
mantap terbaik YB 🥰
2026-03-26 15:05:37
0
WadDeLanun :
2026-03-26 20:17:42
0
paklangcfoo :
terbaik yb
2026-03-26 17:31:21
0
Beli Blah :
2026-05-12 00:46:25
0
Hasrul Abdul Hali231 :
alhamdulillah
2026-03-26 12:19:44
0
To see more videos from user @anasauf2023, please go to the Tikwm
homepage.