@apizz_.7: Sentuhan berbisa daripada komposer tersohor, Eddie Hamid untuk Eda Ezrin dan Den Manjo dalam lagu “Cinta Setandan Pisang” atau lebih dikenali sebagai “Bae Soba Bae” yang dikeluarkan pada Disember 2023 ternyata memberi impak besar kepada kedua-dua penyanyi tersebut. Sehingga kini, lagu yang liriknya ditulis oleh Fadil Turbo dan Mama Ana berjaya mencapai tontonan melebihi 33 juta di saluran YouTube Kijang Music. Tahun ini, Eddie kembali mencipta lagu untuk pasangan duet tersebut bersama komposer berbakat, Mekiya menerusi karya “Adek Saye Abe Sore” yang liriknya ditulis oleh Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha yang bakal dilancarkan pada 26 Mac 2026.@EDA EZRIN EMPIRE @Den Manjo @Eddie Hamid @Kijang Music Malaysia #fyp #edaezrin #denmanjo #kijangmusic #adeksayeabesore