@sk.pujut.corner: ๐Ÿ“ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐Š๐„๐‹๐Ž๐Œ๐๐Ž๐Š (๐‚๐“๐‘๐Š) Nota ulangkaji : 1. Kelayakan CTRK adalah 20 hari setahun. Tidak perlu propotionate. Tidak boleh di carry forward. Akan renew setiap tahun. 2. CTRK ada 18 jenis cuti berkongsi kelayakan yg sama. Jadi, kalau dah takde kelayakan, tak boleh guna CTRK dah untuk mana2 cuti dlm list tu, kena ambik Cuti Rehat atau apa2 cuti yg layak. 3. Cuti utk jaga anak kuarantin, BUKAN guna CTRK. Itu guna CMAKP. 4. Cuti utk jaga keluarga sakit selain sakit berjangkit, boleh guna CTRK. Tertakluk pd perakuan doktor dan kelulusan KJ. 5. Umrah telah dimasukkan dlm CTRK. Boleh ambil maksimum 20 hari asalkan tempoh umrah termasuk dlm tempoh cuti. Tapi, syarat nya masih SEKALI dalam perkhidmatan sahaja. 6. Cuti Isteri Bersalin sudah tidak gunapakai 7 hari. Boleh ambik 20 hari terus kalau bos bagi 7. Cuti keluarga meninggal sudah tidak gunapakai 3 hari. Ambik la sebanyak mana masa yg diperlukan mengikut baki kelayakan CTRK, asalkan KJ luluskan. 8. Kalau ada interview utk kerja lain, yg boleh menambahbaik nilai hidup, boleh guna Cuti Peperiksaan. Dulu utk periksa je, skang boleh guna utk interview. Online atau semuka dua2 boleh. Asalkan? Diluluskan KJ 9. Christmas Eve kena mohon sehari sebelum Krismas. Hari Raya Haji untuk hari raya haji kedua. 10. Deepavali special skit. Kalau negeri tu tak ambik deepavali as cuti umum, pegawai boleh mohon CTRK deepavali pd hari kejadian. Kalau negeri tu ambik Deepavali as cuti umum, pegawai boleh mohon sehari sebelum atau sehari selepas sebagai tambahan. 11. Pegawai COS juga layak CTRK ni, termasuk LKI. 12. Ketua Jabatan boleh untuk tidak meluluskan permohonan walaupun ada kelayakan. Kemudahan yang ada hendaklah digunakan dengan bijaksana dan telus. Jangan salahguna, jangan manipulate keadaan, jangan menganiaya orang. CTRK adalah cuti bergaji penuh, tidak memberi kesan pada perkhidmatan dan pencen KECUALI kalau diambil melebihi kelayakan dan tanpa kelulusan/kebenaran. Share supaya lebih ramai tahu ye p/s : infografik adalah berdasarkan ayat layman yg saya gunakan jadi rujuk pekeliling asal MyPPSM Ceraian SR5.7.1 untuk nota penuh dan lengkap. TQ

SK PUJUT CORNER
SK PUJUT CORNER
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 30 March 2026 04:23:46 GMT
4908
27
2
13

Music

Download

Comments

rahmatjalil5
RahmatJalil :
๐Ÿคฃ
2026-04-22 07:40:15
1
rahmatjalil5
RahmatJalil :
๐Ÿ˜‚
2026-04-22 07:40:16
1
To see more videos from user @sk.pujut.corner, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About