@empat4enam6: Ingat lagi ke zaman kita kena selak buku tebal warna kuning semata-mata nak cari nombor telefon kedai hardware atau tukang paip? Itulah Yellow Pages Malaysia, ikon legasi yang bermula sejak tahun 1989 di bawah anak syarikat Telekom Malaysia (TM). Edisi cetak pertamanya pada tahun 1990 bukan sekadar direktori, malah menjadi "penyelamat" setiap isi rumah dan pejabat sebelum munculnya era Google. Zaman berubah, teknologi pun semakin pesat dan maju. Bermula dengan pengenalan versi internet pada 1996, Yellow Pages mula beralih arah secara drastik. Menjelang tahun 2011, TM secara rasmi menghentikan penerbitan buku fizikal yang ikonik itu. Walaupun tiada lagi buku tebal di bawah meja telefon, jenama ini tetap hidup melalui penjenamaan semula sebagai TM Info-Media (TMIM) pada 2007 bagi memperkukuh identiti digitalnya di pasaran tempatan. Kini, Yellow Pages Malaysia telah berevolusi sepenuhnya menjadi platform digital yang canggih. Melalui kerjasama strategik bersama AppAsia Tech pada tahun 2020, ia kini berfungsi sebagai hab pasaran (marketplace) dan direktori pintar yang menggunakan teknologi data besar. Daripada "walking fingers" di atas kertas, kini semuanya hanya di hujung jari secara dalam talian untuk membantu lebih 500,000 perniagaan tempatan kekal relevan. Sumber: Telekom Malaysia (TM) Official, Yellow Pages Malaysia Digital ---JagatIMPAK--- #fyp

4empat6
4empat6
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 05 April 2026 03:38:19 GMT
2895
35
1
3

Music

Download

Comments

petratos88
The Godfather II :
nakhanum.....ad lgi ke natang ni
2026-04-05 04:18:57
0
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About