@epul_daus9110: Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah fenomena unik dalam politik Malaysia. beliau memegang rekod sebagai Ketua Pembangkang paling hebat dalam sejarah. Seorang penghujah gred A+ yang bukan sahaja menggegarkan Parlimen dengan fakta bernas, malah diiktiraf di peringkat global sebagai pejuang reformasi yang kental. Kini sebagai Perdana Menteri ke-10 kehebatan beliau melonjak ke tahap A+++. Beliau membuktikan bahwa karisma sebagai pembangkang boleh diterjemahkan kepada tadbir urus yang cemerlang. Antara pencapaian luar biasa beliau termasuklah, membawa masuk pelaburan gergasi asing dalam masa yang singkat dan ketegasan membanteras rasuah serta membela nasib rakyat marhean. Realitinya, kepimpinan Anwar yang begitu dinamik turut memaksa pemimpin pembangkang mengakui kehebatan dan aura kepimpinan beliau yang tiada tandingan. Ketua Bersatu Perak, Faizal Azumu sendiri mengakui Anwar adalah pemimpin pembangkang yang terbaik pada era beliau. Daripada pejuang rakyat di jalanan sehingga menjadi nakhoda negara yang paling berwibawa, Anwar Ibrahim adalah pemimpin terbaik yang pernah dimiliki Malaysia. #PMX #AnwarIbrahim #MadaniBekerja #terbaik