@xpose011: Miew Pak akhirnya menyerah diri Pada 20 September tahun 1955, Miew Pak, Setiausaha Jawatankuasa Komunis bagi daerah Raub, Pahang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Sungai Ruan selepas lebih kurang lapan tahun hidup dalam buruan. Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengisytiharkan pengampunan kepada mana-mana pengganas komunis yang meletakkan senjata pada 8 September 1955. Beliau merupakan orang keenam dengan jawatan tertinggi dalam komunis yang berbuat sedemikian setakat ini. Miew Pak yang tinggal di dalam hutan sejak pengganas komunis melancarkan serangan pada tahun 1948, merupakan antara pengganas yang paling dikehendaki di Pahang. Beliau di bawa ke balai polis Sungai Ruan dengan pakaian seragam komunis dan ditahan untuk tindakan selanjutnya. Ini merupakan satu kejayaan besar dalam usaha kerajaan untuk memerangi pengganas komunis di Tanah Melayu

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 08 April 2026 07:19:52 GMT
671
7
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About