@beritafit: Penggunaan MyKad untuk subsidi BUDI95 sebenarnya mudah difahami jika ikut prinsip asas di mana pemilik MyKad mesti ada dan digunakan untuk kegunaan sendiri atau keluarga. Dalam situasi biasa, suami isi minyak guna MyKad sendiri memang dibenarkan. Jika isteri atau ahli keluarga lain ada bersama dalam kenderaan, penggunaan MyKad mereka juga masih dianggap sah kerana ia dikira kegunaan keluarga. Begitu juga kereta yang dikongsi antara suami isteri, selagi pemilik MyKad berada bersama, ia tidak menjadi isu. Namun, ada situasi yang mula jadi berisiko. Contohnya, anak guna MyKad ibu bapa tanpa kehadiran mereka, atau suami guna MyKad isteri tanpa isteri ada bersama, ini boleh dipersoalkan bergantung kepada pelaksanaan. Yang jelas salah pula termasuk meminjam MyKad orang lain, isi minyak untuk dijual semula, atau guna banyak MyKad untuk dapatkan lebih subsidi. Semua ini dikira penyalahgunaan dan boleh dikenakan tindakan. Mudahnya, ikut satu prinsip, pemilik MyKad mesti ada dan digunakan secara sah, kalau tak, anda memang berisiko untuk diambil tindakan. #BUDI95 #SubsidiRON95 #malaysia
HiFit!
Region: MY
Thursday 09 April 2026 08:41:41 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @beritafit, please go to the Tikwm
homepage.