@meezanberry: RESEPI KUIH LAPIS PANDAN📌 (Loyang 7inci) ✔️2 cawan tepung beras = 200g ✔️1/2 cawan tepung gandum = 50g ✔️1/2 cawan tepung ubi kayu(tapioca flour)= 50g ✔️1 cawan gula = 190g ✔️Sedikit garam = 3g ✔️1 kotak kecil santan(200ml) ✔️1 cawan air pandan(blendkan 3-5 helai daun pandan,kemudian tapiskan) ✔️2 cawan air biasa = 400ml(boleh extrakan lagi sedikit air dlm 20ml) CARA-CARA : 🌸Campurkan kesemua bahan-bahan di atas,kemudian kacau-kacau sehingga sebati. 🌸Sila tapiskan adunan untuk singkirkan sisa2 ketulan halus. 🌸Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan letak pewarna hijau.Tips nak bagi warna hijau tu nampak lebih menarik,titiskan sedikit pewarna kuning.Satu adunan lagi letak pewarna putih supaya lapisan nampak lebih menarik dan kontra. 🌸Oleskan loyang dengan minyak. 🌸Kukus setiap lapisan lebih kurang 4-5 minit. 🌸Pastikan adunan sentiasa dikacau setiap kali melapis,untuk mengelakkan adunan mendap kebawah. 🌸Sesudah selesai lapisan terakhir,kukuskan lagi kuih lebih kurang dalam 15 minit. 🌸Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum potong supaya potongan kemas. Gunakan pisau plastik atau pisau besi yang disapu minyak nipis.
sy buat pkai resepi ni, menjadi 😍 sy doublekan resepi sis sbb pakai loyang 9..
2026-05-25 04:39:51
10
SueAina123 :
setiap 1 layer tu sis tuang guna cup metrik 1/2 ke 1 cup
2026-09-16 14:55:10
0
mohd :
nak order
2026-06-27 11:23:14
1
emrabdlls :
guna resepi awak. saya guna penimbang semua sebab takut sukatan cawan tak accurate. terima kasih sebab state sekali gm setiap bahan. saya guna loyang 10inch dapat 6 layer ❤️✨
2026-06-13 21:52:11
4
Jess Amir :
mmg jadi klu ikut btul2… tp kurang cantik sbb sy x menyabo nak makan😂 panas2 dah potong😂
2026-04-30 11:16:14
10
Laugh it off :
Have a nice day!
2026-05-23 18:43:06
1
Linda🥰💙 :
sis guna tepunh gandum jenama apa yaa?
2026-04-10 06:45:32
3
Lydia Bion :
terima kasih atas perkongsian kuih nya sahbt 🙏🥰👍👍👍