@ohbulanofficial: Video tular memaparkan tindakan berbahaya seorang remaja yang dipercayai memb*ling blok bata dari tingkat atas sebuah pangsapuri mencetuskan kebimbangan ramai. Dalam rakaman berdurasi 34 saat itu, remaja lelaki berkenaan dilihat berjalan di laluan pejalan kaki sebelum berhenti dan mengambil seketul bata di hadapan sebuah unit kediaman, lalu bertindak membuangnya dari atas bangunan. Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Desa Petaling. Rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan tersebut boleh mengancam nyawa individu yang berada di bawah. Sumber: Berita Harian Kredit Video: theliee__ di Thread #ohbulan #kes #remaja #ppr #batubata