@drasyrafwajdi: “Kalau tinggi belanjanya, makcik tak mampu nak tanggung untuk anak sambung belajar!” Ketika melakukan ziarah rutin saya di kampung-kampung di Pengkalan Hulu Gerik, dapat berita perihal seorang pelajar anak yatim di Kg Selarong Pengkalan Hulu Gerik yang cemerlang ‘Straight A’s’ yang berkira-kira untuk sambung belajar kerana khuatir melibatkan kos yang tinggi. Terus saya ambil kesempatan menziarahi rumah Nur Farah Athirah, anak yatim yang dibesarkan oleh ibunya dengan hanya bergantung kepada pencen arwah suami seorang tentera. InsyaAllah, saya sudah meminta pegawai saya di MARA untuk membantu adik Athirah dan juga pelajar-pelajar cemerlang dari latar keluarga yang susah sepertinya untuk diberi keutamaan pembiayaan dan bantuan agar tiada yang tercicir daripada arus perdana pendidikan. Di sebelah petang, saya ambil kesempatan meraikan 257 pelajar-pelajar cemerlang daripada Parlimen Gerik yang mendapat keputusan 5A ke atas di MRSM Gerik. Alhamdulillah sebahagian besar daripada mereka merupakan pelajar-pelajar yang merupakan produk daripada Program Khas Tuisyen Percuma untuk anak-anak pelajar luar bandar di Gerik yang saya perkenalkan di bawah Yayasan Pelajaran MARA sejak 3 tahun lepas. Seperti lazimnya juga, apabila saya mendapat tahu ada di kalangan pelajar-pelajar ini adalah Hafiz dan Hafizah, maka tidak lengkap majlis jika tiada sesi ‘TEBUK HAFAZAN’ yang saya lakukan secara mengejut. Bangga saya apabila anak didik MARA dari MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Kepala Batas yang juga anak jati Gerik dari Kampung Kuak Luar berani menyahut cabaran saya untuk ditebuk hafazan dari surah Al-Baqarah. #IlmuMerubahKehidupan #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah #HebatkanGERIK #MerakyatkanMARA

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 11 April 2026 22:45:00 GMT
308744
25858
606
2162

Music

Download

Comments

sitijunitasiti
ira ku lan :
tahun 1986, dpt 5A, dpt tawaran MRSM, tp terlalu bnyk masalah keluarga, sy tercicir, spm pon x ambil, x de rezeki, namun sy didik ank2 dgn usaha dan doa, Allah maha baik, ank di UIA sekarang, anugerah dekan d setiap sem😭. alhamdulillah..bila lihat Dato bersungguh membantu ank melayu melalui Mara,, sy mesti mengalir airmata, semoga ank bangsa sy terus maju. inshallah
2026-04-11 23:32:12
978
sentuhanhatimu
Mimie Fazila :
Bulan mulia ni sy doakan Dato.menjadi menteri pelajaran Malaysia..insyallah..utk anak2 malaysia..layak selayak nya..amin.Tegas..cara didikan..sentiasa ambil berat...
2026-04-11 23:32:55
268
fakhrulradzi157
Fakhrulradzi952 :
The right person stands in the right place.
2026-04-12 00:04:23
146
saif_alnizam_qssm
SAIF-ALNIZMU :
Saya lihat Dato Asyraf Wajdi bersungguh-sungguh dalam laksanakan amanah.
2026-04-12 03:47:12
65
notrobertmugabe
NotRobertMugabe :
Padu Dr. Hebat. Moga menang Gerik lepas ni
2026-04-12 02:55:37
13
ainr86
Ain R :
Rezeki kerana keberanian, dpt rm400 dan laluan khas.. Terbaik anak muda
2026-04-12 00:39:51
67
aiman.sr0
Aiman Sr :
terbaik dato dr asyraf 👍 anak sy 7A result spm hari tu,doakan agar dia berjaya dapat IPG atau seangkatannya,sbb cita² dia dari kecil hendak menjadi seorang pendidik..🤲
2026-04-12 05:06:16
5
user3719565473967
Anuar7172. :
Para Pengundi,jangan lupa undi Dr asyraf PRU 16. Pengerusi Mara yg terbaikkk setakat ini....
2026-04-16 01:58:06
6
aspoyoranos
Mohd Firdaus :
dia ni dgn fadlina bagai langit dan bumi.
2026-04-12 04:34:28
24
b.m.x.t
hisamyusop :
setiap kali sy solat..sy akan doakan dato dr akan memimpin negara satu hari nanti..
2026-04-14 12:12:45
7
munirmansor7
Muhamad Munir 🇲🇾🇵🇸 :
Anak muda gerik jgn sia-siakan insan yg baik ini utk mencurahkan bakti di gerik
2026-04-16 15:42:59
5
norazlinamustaffa
norazlinamustaffa :
Alhamdulilah
2026-04-12 01:31:49
5
amran1978amran1978
Amran1978 Amran1978 :
Alhamdulillah.. Terbaik Dato
2026-04-12 01:51:16
5
faridneng8708
Farid Neng :
Alhamdulillah. Alangkah indahnya jika pada zaman kami dahulu, MARA dipengerusikan oleh DAWD. Terima kasih Datuk atas amanah dan usaha terbaik dalam memperkasa anak-anak bumiputera..Allahuakbar. Haza min fadhli rabbi. Kepada adik2 lepasan SPM, terus berjuang walaupun anda kurang cemerlang dalam SPM kerana TVET MARA masih ada untuk kekal terbang tinggi. InshaaAllah! 🫡
2026-04-17 01:35:49
6
soo_eddy
suhaidi segak (SS) :
Menteri Pendidikan Yg baru. akan datang .lnshaallah .pakat doakan
2026-04-13 01:16:02
6
jamaliah.azizan
Jamaliah Azizan :
semoga semua dlm rahmat Allah Tahniah dik.Tahniah org yg baik..Allah kirimkn
2026-04-12 01:28:29
5
hayati72260
Hayati72 :
ya allah ya rahman ya rahim kau pnjg kn lh umur Dr Asraf ni kau prmudhkn lh segla urusannya setiap hari setiap msa..
2026-04-12 01:49:35
6
suhamanissuha
ALI&SITI :
masya allah🥰🥰🥺🥺
2026-04-12 01:27:04
5
user9949623622369
Che kamal :
alhamdulillah
2026-04-12 02:15:12
5
salleh_john
Salleh Atan :
Alhamdulillah terbaik
2026-04-12 01:18:01
5
nor_suhadahsue
Norsuhadah :
Bapa pendidikan
2026-04-12 02:35:58
10
afnan_lela
afnan lela :
dato. terima kasih. sy thu dato xbaca pun. tpi cukup sy sampaikan terima kasih kerana mengangkat pendidikan no satu.
2026-04-13 13:12:30
8
rohamlrwbtl
Saraaa :
Alhamdulillah.
2026-04-12 01:18:22
5
mohdsaufi094
azzer :
DAWD salah seorang pemimpin terbaik yg pernah ada dinegara kita.
2026-04-12 04:13:25
8
mrshah_89
Shah_89 :
alhamdulillah org yg tepat utk chairman Mara skrg 🤲 😅
2026-04-12 01:19:13
26
To see more videos from user @drasyrafwajdi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About