@granddaddypurp64:

granddaddypurp64
granddaddypurp64
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 12 April 2026 03:56:24 GMT
844
135
1
0

Music

Download

Comments

ramshousepig
Ramshouse69 :
2026-04-12 05:58:16
0
To see more videos from user @granddaddypurp64, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Seorang bekas anggota polis meminta Peguam Negara menyemak semula laporan berhubung dakwaan dirinya dipukul Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika bertugas di Hilir Perak, lebih sedekad lalu. Memetik laporan Berita Harian, Saifuddin Abdul Kader mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin, susulan pendakwaan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu dalam kes berasingan di KLIA. Menurut kenyataan kedua-dua peguam berkenaan, Saifuddin membuat laporan polis pada 19 November 2015 ketika Mohd Shuhaily memegang jawatan Ketua Polis Daerah Hilir Perak. Bagaimanapun, mereka mendakwa tiada tindakan diambil terhadap Mohd Shuhaily berhubung laporan tersebut sehingga kini. “Kami menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang pengadu yang mendakwa dipukul Shuhaily pada tahun 2015. “Walaupun laporan polis sudah dibuat, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Shuhaily sehingga ke hari ini,” kata mereka dalam kenyataan itu. Berdasarkan laporan polis yang dirujuk peguam terbabit, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 8.30 pagi pada 17 November 2015 ketika Saifuddin menjaga pos pengawal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Saifuddin mendakwa dia ditegur kerana tidak memberikan tabik hormat sebelum dimarahi berulang kali di hadapan anggota lain. Dia turut mendakwa Mohd Shuhaily menumbuk pergelangan tangan kirinya sekali, selain mengugut untuk menukarkannya ke Sabah atau Sarawak serta mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. Dalam kenyataan sama, peguamnya mendakwa Saifuddin berdepan pelbagai kesukaran dalam kerjaya selepas membuat laporan berkenaan sehingga akhirnya diberhentikan daripada pasukan polis. Menurut mereka, pendakwaan dalam kes KLIA memberikan harapan kepada anak guam mereka untuk memohon semakan semula terhadap aduan lamanya. “Selepas melihat prinsip kesamarataan di sisi undang-undang tanpa diskriminasi ditunjukkan Peguam Negara dalam membawa pertuduhan terhadap Shuhaily, Saifuddin percaya dia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan keadilan di bawah pentadbiran semasa. “Kami dengan penuh hormat memohon kes ini disemak dan dipertimbangkan semula bagi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang terus ditegakkan tanpa diskriminasi,” menurut kenyataan itu.

About