@gentlebah.review: Jika anda menggunakan tablet untuk bermain permainan dalam tempoh yang lama, produk ini wajar diberi perhatian. Amgras Ice World Pad 2 sememangnya direka khas untuk tablet, kerana saiznya lebih besar dan lebih sesuai digunakan pada permukaan tablet. Namun begitu, produk ini juga boleh digunakan pada telefon. Paparan digital suhunya boleh menunjukkan bacaan serendah -9 darjah Celsius. Jika peranti anda tidak mempunyai MagSafe, usah bimbang kerana di dalam kotak turut disediakan stiker magnet. Ini merupakan aksesori yang praktikal bagi membantu mengurangkan haba semasa penggunaan yang berpanjangan. @amgras.malaysia #AmgrasIceWorldPad2 #TabletCoolingPad #PenyejukTablet #CoolingPadTablet #racungadget