@ai_physiotherapy: Berikut 3 tips membantu masalah trigger finger: Rehatkan jari yang sakit Kurangkan aktiviti yang melibatkan genggaman kuat atau berulang seperti memegang telefon atau barang berat untuk beri masa tendon pulih. Lakukan regangan jari Buka dan tutup jari secara perlahan beberapa kali sehari. Ini bantu melancarkan pergerakan tendon dan kurangkan kekakuan. Gunakan tuam ais Letakkan ais pada jari selama 10–15 minit untuk membantu kurangkan keradangan dan rasa sakit. Jika jari masih kunci atau sakit berpanjangan, sebaiknya dapatkan rawatan awal supaya tidak jadi lebih teruk. #aiphysiotherapy #malaysia