@malaysiakubertuah: TH telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan segera sekiranya timbul sebarang situasi kecemasan melibatkan jemaah. Keselamatan petugas dan jemaah haji Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat ketika ini.