@fahmytazbay: Replying to @Piyut Bagi menjawab persoalan ni aku beritahu satu rahsia la. Orang membeli dengan kita sebenarnya diorang nampak kita ada value. Lebih lagi bila kita menjual benda yang mahal seperti jual kereta, property dan juga takaful. Kita ambil pendekatan kalau kita famous, humble dan berikan servis yang terbaik pada customer kita InsyaAllah mereka akan rekemen dengan kawan-kawan tapi kalau kita famous sekalipun dan masa kita serve customer kita dan tak berikan servis yang baik memang nampaknya sekali sahaja la urusniaga itu berlaku. Takkan ada repeated order lagi pada masa akan datang. Orang yang bertahan lama dalam bidang Sales ni selalunya ciri-ciri mereka mesti ada sifat sabar, kuat motivasi diri, suka memudahkan urusan orang lain dan kuat semangat. Percayalah rezeki datangnya dari Allah. Tugas kita sentiasa berusaha dan percaya dengan rezeki. Korang komen lagi aku akan baca satu-satu komen dan InsyaAllah aku akan reply. Terus maju jaya semua 🔥💙 #fahmytazbay #contentcreator #johorbahru #motivation #usahawan