@iiiskandar_6: Di sebalik skrin telefon, segelintir individu menyangka identiti mereka terlindung di sebalik nama samara. Namun, bagi setiap satu daripada 441 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global yang dikesan antara Mac hingga April, terdapat jejak Alamat IP. Bayangkan seorang pengguna media sosial yang sekadar ingin menjadi "orang pertama" menyebarkan berita tentang krisis tenaga. Niatnya mungkin hanya untuk berkongsi, tetapi natijahnya besar. Jangan kerana sebar berita palsu, nama ada rekod jenayah & disenaraihitamkan. Impaknya besar & mungkin menghadapi kesukaran mencari pekerjaan pada masa hadapan. Jadi, fikir sebelum bertindak & berkongsi maklumat. Jangan menyesal kemudian hari. #FitnahDigital #BeritaPalsu #KrisisTenaga #fyp