@beritafit: Siapa kata kerajaan tak dengar suara rakyat? Harini ada perkembangan positif yang wajib kita ambil tahu. Tambahan 100 liter sebulan subsidi diesel. Kalau sebelum ini hadnya adalah 300 liter, kini dinaikkan kepada 400 liter sebulan. Ini bukan sekadar angka tapi bantuan tambahan. Peruntukan RM15 juta tambahan. Inisiatif ini bukan sembang kosong, tetapi suntikan dana tambahan daripada kerajaan untuk menampung kenaikan diesel. Ini membuktikan bahawa penjimatan daripada penyasaran subsidi sebelum ini memang dipulangkan terus kepada kelompok yang memerlukan. Manfaat ni beri dapat dirasai oleh 150,000 rakyat Malaysia yang layak. Ini adalah cara kerajaan menangani kos sara hidup dengan data, bukan dengan retorik atau provokasi di media sosial. #BudiDiesel #400liter #AsiaBarat #MadaniBekerja