@kelate.insider: ALOR SETAR, 16 April: Kerajaan Negeri Kedah bertegas dalam pelaksanaan undang-undang syariah ke atas individu yang meninggalkan solat Jumaat di negeri ini. Memetik laporan portal Kosmo Online, ia bukan semata-mata untuk menghukum sebaliknya bertujuan mendidik serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam mengenai kepentingan ibadah itu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri, Datuk Mohd. Azam Abd. Samat berkata, mana-mana individu Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat tanpa uzur syarie itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014. Katanya, peruntukan itu menetapkan bahawa mana-mana lelaki beragama Islam yang meninggalkan solat Jumaat, khususnya jika dilakukan berulang kali seperti tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang dibenarkan syarak boleh dikenakan hukuman denda, penjara atau kedua-duanya sekali. “Pendekatan penguatkuasaan yang diambil lazimnya memberi tumpuan kepada kes berulang, selaras dengan usaha mendidik dan membimbing masyarakat agar mematuhi tuntutan agama,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. Menurut beliau, Seksyen 13 enakmen tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. “Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah bertanggungjawab memantau serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesalahan berkenaan,” katanya. (Sumber: Kosmo)

Kelate Insider
Kelate Insider
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 16 April 2026 10:05:48 GMT
613649
33194
617
29525

Music

Download

Comments

mahmudmdzain
mahmudmdzain :
Alhamdulillah buat lah yg terbaik
2026-04-17 01:44:01
1327
ven.se2
Ven Se :
Hak peribadi tak patut disekat. Itu urusan antara dia dgn tuhan.
2026-04-19 02:36:42
42
wan_sperry
wan_sperry :
tapi mcm mna nk tahu hadir ke tak
2026-04-17 05:03:11
168
saiful.amir222
Saiful amir :
semoga negeri kedah diberkati Allah swt
2026-04-17 06:16:13
168
it4a_03
Rozita_ita :
02 hadir.. Alhamdulillah 👍👍👍
2026-04-17 04:04:41
270
bakawali9190
ina marina :
buh bg
2026-04-16 21:29:00
107
antaraduasatu82
Alhymsp :
Sy sokong Dng undang2 ini..terima kasih kepimpinan kedah..semoga kita golongan hamba2 bertaqwa diterima Allah swt.insyaalah Dunia sementara akhirat kekal sejahtera
2026-04-17 06:04:25
37
sitiminah739
sitiminah :
semoga negeri kedah yg terbaikkk.
2026-04-17 03:29:06
75
kakchik20_
kakcikk acik :
Alhamdulillah ..semoga negeri Kedah dalam lindungan Allah SWT
2026-04-18 05:29:50
56
faridah.idah83
faridah idah :
terbaikkk sangatt
2026-04-17 01:48:39
64
azman7471
azman747 :
semoga rakyat Islam di seluruh Kedah & negeri Kedah terus diberkati Allah dunia akhirat serta sentiasa dlm lindunganNya
2026-04-19 23:32:26
16
fahimahnasir
fahimahnasir 🦅 :
alhamdulillah semoga allah berkati dan lindungi bumi kedah 🤲😃
2026-04-19 07:08:29
19
nakhoda.kapal.sadai
nakhoda kapal sadai :
semoga negeri Kedah di rahmati
2026-04-17 04:33:11
24
megatruslanfadzim
Lan Megat :
@Lan Megat:alhamdulillah terbaik negeri Kedah semoga Allah merahmatinya
2026-04-17 04:14:00
27
manteh240
Man Teh :
Alhamdulillah..ada keberkatan untuk neg Kedah
2026-04-17 03:39:02
17
wanakim6
fantastic :
terbaikk...semoga allah memberkati bumi kedah
2026-04-19 03:43:28
16
kngsabah
ABG FF :
semoga Kedaj terhindar dari musibah atau malapetaka Allah.
2026-05-24 06:24:13
5
zulhood
hood :
semoga Allah memberi hidayah kepada Rakyat kedah
2026-04-18 19:47:31
6
hairiali00
hairi jeson :
Terbaik sgt
2026-04-17 02:58:49
16
sweetlove0770
Honey11 :
Alhamdulillah terima kasih ya Allah terima kasih semua semoga kita dalam lindungan Allah Amin
2026-04-17 05:11:26
12
fikahmad9
Fik Ahmad :
terbaik Mb kita..ini yang kita mau
2026-04-17 06:51:46
8
ismailhashim502
Ismail Hashim502 :
AAmiinn
2026-04-17 04:51:11
6
fahmiakaito
FahmiAkaito ® :
Alhamdulillah moga kita semua beroleh keberkatan
2026-04-17 04:23:51
13
angah_888
🅰️nne🧕🏻 :
Bagus, padu & terbaik
2026-04-17 06:16:07
6
adyazizan
🍉Ady Azizan🇵🇸 :
2026-04-17 01:42:45
8
To see more videos from user @kelate.insider, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About