@solehintravel: Kadang kita tertanya-tanya, kenapa hidup kita tak jadi seperti yang kita impikan. Kita rasa dah berusaha, dah merancang, tapi tetap juga tak sampai ke apa yang kita harapkan. Hati mula kecewa, mula persoal takdir… seolah-olah Tuhan tidak memberi apa yang kita minta. Tapi pernah tak kita jujur tanya diri sendiri… sejauh mana kita benar-benar hidup ikut apa yang Tuhan perintahkan? Kita mahu hidup yang baik, tapi solat masih berlengah. Kita mahu rezeki yang luas, tapi masih ambil ringan perkara halal dan haram. Kita mahu hati tenang, tapi masih jauh dari zikir dan doa. Hakikatnya, bukan Tuhan yang tidak memberi kehidupan yang kita impikan… tetapi kita sendiri yang belum menjalani kehidupan seperti yang Dia perintahkan. Allah tidak pernah zalim. Apa yang Dia aturkan sentiasa ada hikmah, cuma kita yang sering melihat dengan mata keinginan, bukan dengan mata keimanan. Kadang apa yang kita anggap kegagalan itu sebenarnya cara Allah tarik kita kembali kepada-Nya. Jadi sebelum kita salahkan takdir, betulkan dulu hubungan kita dengan Tuhan. Perbaiki solat, jaga hati, jaga akhlak, jaga apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. InsyaAllah… perlahan-lahan hidup kita akan berubah. Bukan sebab kita hebat, tapi sebab kita mula taat. #fypシ #fypシ #ryas #syukurselalu

solehin6155
solehin6155
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 17 April 2026 11:10:42 GMT
609
46
2
4

Music

Download

Comments

putrimaryam88
putrimaryam88 :
Betul 😌
2026-04-17 13:24:49
0
To see more videos from user @solehintravel, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About