@iiiskandar_6: APA TERENGGANU DAPAT SEPANJANG LAWATAN ANWAR IBRAHIM Lawatan kerja sehari Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu membawa khabar gembira buat rakyat negeri itu melalui pengumuman peruntukan besar yang memfokuskan kepada kebajikan sosial dan pemerkasaan pendidikan agama. Kelulusan peruntukan RM60 juta bagi program pembasmian kemiskinan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan digunakan bagi projek pembaikan rumah. Bantuan RM1.8 juta juga diumumkan untuk menaik taraf infrastruktur 18 buah sekolah tahfiz bagi memastikan fasiliti pembelajaran berada dalam keadaan terbaik dan selamat. Anwar juga menekankan bidang teknologi AI ini dikuasai oleh pelajar tahfiz untuk melahirkan generasi teknokrat yang bukan sahaja tinggi nilai agamanya, malah kompeten dalam teknologi moden. #Terengganu #PMX #TerimaKasih #MadaniBekerja #fyp