@rashahasmiee: Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil menegaskan komitmen kerajaan dalam menangani isu penyebaran berita palsu. Beliau mengesahkan sebanyak 45 kertas siasatan telah dibuka oleh MCMC setakat ini. Kertas siasatan yang dibuka melibatkan pelbagai platform media sosial di mana maklumat tidak sahih dikesan sengaja disebarkan. Penyebaran berita palsu bukan sekadar gangguan maklumat, malah boleh membawa impak negatif yang besar. Kerajaan menyeru rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawab sebelum menekan butang ‘share’. Amalkan budaya ‘semak sebelum sebar’. #MCMC #SemakSebelumSebar #MadaniBekerja