@studio.kelam: Ramai berpendapat bahawa ini lah album "peak" musicianship kumpulan Search. Dan dalam diskusi muzik rock tanah air mahupun luar negara, kita sering terperangkap dalam "perangkap angka" Album Fenomena terjual lebih 1 juta unit di Malaysia dan Indonesia. Namun faktor pembelian sebegitu tinggi adalah sebab hit nya sebuah lagu berjudul "Isabella". Namun, bagi pemerhati seni, kejayaan Fenomena sebenarnya adalah hasil daripada "tanah subur" yang telah dibajai oleh album Mentari Merah Di Ufuk Timur. Bayangkan, dalam satu fasa rakaman yang begitu padat, mereka mampu melahirkan 17 buah lagu. Namun, disebabkan limitasi ruang pada waktu itu, hanya 10 lagu dipilih untuk menghiasi album utama, manakala baki 7 buah lagi terpaksa 'melimpah' ke dalam arkib album Di Pintu Sepi dan Berpaling. Album ini juga menampilkan banyak lagu yang menjadikan Search malar segar dan dalam masa yang sama, masih kuat identiti rock keras. Lagu seperti Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Pelesit Kota menjadi lagu siulan anak muda walaupun rentaknya agak berat. Gadisku pula walaupun taruhan sebuah ballad, kita menyaksikan 3 part solo dari Hillary Ang dan setiap transition, solo nya bertambah "tegang". Hillary juga melakukan Modal Interchange dimana lagu bermula dengan C Major kemudian menambahkan kod pinjaman iaitu C Minor. Satu pemerhatian tentang vokal Amy pula dalam album ini: Walaupun lagu "Fantasia Bulan Madu"dikategorikan sebuah lagi lagu "ballad", teknik vocal rasp atau "teran rock" beliau masih dominan. Berbekalkan gitar akustik Hillary dan bass Nasir sahaja, Amy menjadikan lagu ini sebuah naskhah rock dan tidak mendayu seperti Isabella. Lebih lagi part "tarik" di chorus nya. Ditambah pula dengan string section. Fuhh.. Jika diukur dari sudut impak budaya dan ekonomi, maka Fenomena adalah juaranya. Namun, jika diukur identiti dan kualiti seni rock, MMDUT tetap berdiri teguh sebagai masterpiece yang sukar ditandingi. Ia adalah album untuk "pemuzik", manakala Fenomena adalah album untuk "rakyat". Apa apa pun, setiap penilaian itu subjektif. Apa kata anda? #search #mentarimerahdiufuktimur #amysearch #hillarysearch #fypage

studio kelam
studio kelam
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 19 April 2026 12:28:36 GMT
143857
4910
235
413

Music

Download

Comments

lutfielapierre
Opie75 :
inilah album search pertama sy beli d pasar malam tahun 1987. kaset lipat RM5 tu jam. rock ni mmg sumpahan utk yg hidup zaman tu sampai la sekarang.Skrg Rock dalam iman, solat berjemaah jgn di tinggalkan. 🤟
2026-04-27 10:06:26
18
maha.wangsa1
MahaWangsa :
Ada 2 album terbaik search.. Mentari merah dan fenomena
2026-04-20 01:46:23
30
ril1380
Ril :
Pembakar perasaan favorite song.. 🥰👍
2026-04-22 14:59:03
14
matray80
Harimau Berantai :
album terbaik search ialah langit dan bumi serta mentari merah di ufuk timur sekian terima kasih
2026-04-20 15:08:18
27
osmar6830
osama :
Hillary, the most " finest solo " guitarist in malaysia. His " clean sweeping", tapping makes the guitar " crying ".. He had " soul".. Mantap.
2026-04-25 01:46:19
7
ris60636558
edrissSyfie :
lgu ni sbnrnya blh dktnghkn sbaris dgn lgu2 rock dri barat,mt sleh nonton pn mukin trkedu,kaget dgn suara amy dn muzik serch ni
2026-04-22 16:42:49
7
ira_nabila7
@ira_nabila :
semua album search adalah yang terbaik..termasuk album solo aku Amy magic... semuanya adalah yg terbaik bagiku....rock never die...🤟😊😊
2026-04-29 05:00:58
4
skyreds1892
skyreds1892 :
jika anda cari album atau lagu search paling 'keras' memang pada lagu inilah..beza dgn album search sebelum dan selepas MMDUT ini. Ramai content creator di YT dari luar membuat react pd vokal amy dan sentuhan solo hillary dan album MMDUT benar2 mengangkat search top of the peak tepat pd saatnya 🤘🏻🔥💥
2026-04-22 00:47:00
8
kay88633
Kay :
lagu ni mmg memberi makna yg mengingat kn tentang kematian lirik2nya bila kita hayati nya
2026-04-20 23:44:51
5
user574927980
Arok :
lagu paling mnyirap Search isabela!! smpai skrg aku x minat,sbb muzik dn lengguk trlalu pop biasa bkn slow rock....
2026-05-18 07:42:11
4
ayien.chips
Chips VanDamme :
bg aku 4 lagu je y best dan semua orang tau lagu ape..
2026-06-09 16:42:46
1
addundee
Addundee :
lgi ni mmg sebaris dgn lgu rock barat
2026-04-21 02:00:31
8
totoi.boncoi
Totoi Boncoi :
3rd album 1987 lagu ni solo Hillary Ang
2026-04-20 09:48:27
7
user4618301008613
SAZA LEE :
betul... album mentari merah di ufuk timur yang paling best. 10 lagu terbaik ada dalam album ni.
2026-04-22 17:03:15
5
salam.othman90
Salam Othman :
tanpa Album Cinta buatan Malaysia pasti search tak akan timbul kn beb..
2026-04-20 02:35:38
5
xlifzy
Alif :
Memang Amy jugak lah. pusing lah kot mana pon. 😁😁😁
2026-06-07 10:51:40
1
amypalongamypalon
amypalongamypalon :
ROCK Terus Hidup. ROCK TETAP ROCK👌
2026-04-24 13:10:51
6
yaakub49
UAE Emirates :
suara dato Amy mmg tiada tandingan dlm lagu ni.terbaik
2026-07-13 23:36:59
3
rykdnfs5
Saya Muslim Tabligh antiWalaun :
masa denden bawak lagu ni pun padu ..jadi teringat zaman remaja
2026-04-30 01:38:32
1
andrew....snoopy
✨️AnooP-Andrew✨️ :
One of the BEST ever 🎵👏🏽🎶💪🏽♥️💪🏽🎶👏🏽🎵
2026-05-19 05:28:14
1
matamalam47
Hayo... :
ada suasana hati
2026-04-29 15:11:45
1
hai23876
hai23 :
bagi aku....ini lagu Terbaik kumpulan Search sepanjang zaman..
2026-06-11 14:21:24
3
ardypr4tama
Ardy :
di indonesia yang populer "isabella"
2026-04-29 15:00:41
3
suhamzah.moncheh
SuHamzah Moncheh :
Bukan lagu MMDUT ni park dlm album rampage...
2026-04-24 07:09:13
2
yuzwan.yusuf
Yuzwan Yusuf :
yang tinggal amy
2026-04-21 02:18:38
1
To see more videos from user @studio.kelam, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About