@beritafit: Kerajaan Madani di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk memastikan hasil negara dipulangkan terus kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif bantuan yang inklusif. fokus utama diberikan kepada golongan yang memerlukan bagi memastikan tiada yang terbeban dengan tekanan kos sara hidup semasa. Sebanyak RM15 bilion telah dibelanjakan yang memberi manfaat kepada 22 juta rakyat melalui inisiatif SARA. Selain itu, Program Payung Rahmah kini diperluas ke lebih 23, 000 lokasi bagi memastikan barangan murah mudah diakses. Bagi memastikan keadilan ekonomi, harga barangan asas di Sabah, Sarawak dan Labuan juga telah diseragamkan sekali gus membuktikan tekad kerajaan dalam mensejahterakan seluruh rakyat Malaysia secara saksama. #PayungRahmah #MadaniBekerja #programekonomimadani