@morten4x: How we feeling, shirtless yx but at what cost — #HonkaiStarRail #hoyoverse #fyy #xyzabc #xycba

Ren
Ren
Open In TikTok:
Region: GB
Monday 20 April 2026 09:51:15 GMT
2835
423
10
42

Music

Download

Comments

emma_x68
🔥⚔️★Emma_X★(Blade's) ⚔️🔥 :
SHIRTLESS YINGXING OH MY GOD
2026-04-20 12:53:50
6
mc.xyisosi
Февраль :
2026-04-20 15:05:53
3
1nnooaahh
N★AH :
WHERED U GET THIS
2026-04-20 10:10:46
2
meowingforblade
blade's breast milk drinker :
BLADE MENTIONED[cute]
2026-04-20 12:04:05
0
moguritoz
─ ⌗𝐘𝗎𝗇.˙ ٭ ᯓ :
OH MY GOD ??????
2026-04-20 15:36:24
0
rizefxs
thedeadknownofear :
2026-04-20 12:28:39
0
antiiviral
💉зii :
YOURE TELLING ME ASHVEIL WATCHED HIM DO ALL THAT SHIRTLESS??
2026-04-21 11:33:30
1
antiiviral
💉зii :
why is blade always getting stabbed 💔😭
2026-04-20 11:00:19
3
ya_krisich
Пук Среньк :
чо за цензура соска😩
2026-04-21 22:10:20
0
To see more videos from user @morten4x, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Mengapa Inggeris mahu memusnahkan Kota A Famosa Pada tahun 1807, Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka telah mula dihancurkan atas arahan Kerajaan Inggeris. Kota ini yang dibina oleh Portugis selepas tahun 1511, merupakan kubu pertahanan yang terkuat ketika itu. Pemusnahan Kota A Famosa ini dilakukan sebagai langkah pertama Inggeris melemahkan Melaka, setelah menguasai Melaka dari Kerajaan Belanda pada 1795. Sehingga 31 Disember 1807, kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, 2 tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah di letup dan diratakan. Cadangan pemusnahan kota ini telah dibuat oleh Robert Farquhar, Leftenan Gabenor Pulau Pinang kepada Kerajaan Inggeris di India. Beliau telah menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan. Beliau telah memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu tentera ‘sepoy’ dan pengecilan ini akan membantu memajukan Pulau Pinang. Malah keadaan ini tidak akan menggalakkan kedatangan semula Belanda ke Melaka apabila tiba keamanan di Eropah. Jadi pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Kota A Famosa ini dimusnahkan dan semua penduduk Melaka dipindahkan ke Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja pemusnahan sedang dilakukan, Sir Stamford Raffles telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Di sini, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya dan ia akan merugikan Pulau Pinang. Sebab yang kedua adalah kerana Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan untuk mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Manakala sebab ketiga pula penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di sini. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota A Famosa pada hari ini dalam tahun 1807, hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini.

Mengenang Leftenan Adnan dan pertempuran Bukit Candu Leftenan Adnan merupakan antara lebih 500 anggota Briged Pertama Askar Melayu yang bertugas mempertahankan kawasan Pasir Panjang pada Februari 1942 daripada serangan tentera Jepun. Keberanian unit ini terserlah kerana mereka berhadapan dengan musuh untuk pertama kali, iaitu Divisyen ke-18 Angkatan Darat Jepun, yang terlatih dan berpengalaman dalam perang, terutama hasil daripada kempen di China sebelum itu. Selain itu, jumlah askar Jepun yang lebih ramai berbanding anggota Askar Melayu yang bertahan di Pasir Panjang menambah lagi cabaran kepada mereka. Hakikatnya, Leftenan Adnan dan hanya 42 orang anggotanya telah mampu menahan kemaraan 10,000 askar Jepun selama 48 jam. Walaupun mereka dikejar dan diminta untuk menyerah kerana tidak berupaya menentang kekuatan tentera Jepun yang besar, mereka tetap berjuang hingga ke titisan terakhir. Pertempuran yang berlaku semasa serangan Jepun di Singapura, terutamanya di Bukit Candu, mencatatkan sejarah yang penuh dengan keberanian dan pengorbanan, terutamanya oleh pasukan Askar Melayu. Peristiwa pertempuran di Bukit Candu pada 14 Februari 1942 merupakan salah satu babak paling tragis dalam sejarah pertahanan Singapura semasa Perang Dunia Kedua, di mana Leftenan Adnan Saidi dan pasukannya dari Rejimen Askar Melayu menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi ancaman tentera Jepun yang jauh lebih besar dan lebih berkuasa.  Meskipun mereka terpaksa menghadapi serangan-serangan bertalu-talu dari tentera Jepun, para askar Melayu menunjukkan semangat juang yang luar biasa walaupun dalam keadaan yang tidak memberikan harapan. Pada 8 Februari 1942, semasa serangan tentera Jepun, askar Jepun mendarat di Tanjung Penjuru, dekat Jurong. Dalam situasi kritikal ini, Platun ke-7 di bawah pimpinan Leftenan Adnan diarahkan untuk menahan kemaraan tentera Jepun di Permatang Pasir Panjang. Pertahanan di kawasan tersebut adalah sangat mencabar, dan hanya tujuh orang askar Melayu yang terselamat hidup setelah berhadapan dengan serangan yang hebat. Empat hari selepas itu, atas arahan pihak atasan, Leftenan Adnan dan pasukannya terpaksa berundur ke Bukit Candu. Kompeni “C” 1 Melayu di bawah pemerintahan Kapten Rix telah ditugaskan mempertahankan kawasan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Jika jatuh ke tangan Jepun, ia akan memberikan laluan langsung ke kawasan Alexandra di mana terletaknya hospital tentera dan depot peluru.  Bukit Candu, tempat di mana pertarungan epik ini berlangsung, mendapat namanya daripada sebuah kilang candu yang terletak di kawasan tersebut. Lokasinya yang berhampiran dengan pinggir laut Pasir Panjang menjadikannya satu tempat strategik dalam pertahanan. Laluan persekitaran itu kini telah berubah menjadi jalan raya yang mengikut pesisir pantai, melambangkan perubahan landskap yang berlaku seiring dengan perkembangan zaman. Pada 13 Februari 1942, kedudukan kompeni
Mengenang Leftenan Adnan dan pertempuran Bukit Candu Leftenan Adnan merupakan antara lebih 500 anggota Briged Pertama Askar Melayu yang bertugas mempertahankan kawasan Pasir Panjang pada Februari 1942 daripada serangan tentera Jepun. Keberanian unit ini terserlah kerana mereka berhadapan dengan musuh untuk pertama kali, iaitu Divisyen ke-18 Angkatan Darat Jepun, yang terlatih dan berpengalaman dalam perang, terutama hasil daripada kempen di China sebelum itu. Selain itu, jumlah askar Jepun yang lebih ramai berbanding anggota Askar Melayu yang bertahan di Pasir Panjang menambah lagi cabaran kepada mereka. Hakikatnya, Leftenan Adnan dan hanya 42 orang anggotanya telah mampu menahan kemaraan 10,000 askar Jepun selama 48 jam. Walaupun mereka dikejar dan diminta untuk menyerah kerana tidak berupaya menentang kekuatan tentera Jepun yang besar, mereka tetap berjuang hingga ke titisan terakhir. Pertempuran yang berlaku semasa serangan Jepun di Singapura, terutamanya di Bukit Candu, mencatatkan sejarah yang penuh dengan keberanian dan pengorbanan, terutamanya oleh pasukan Askar Melayu. Peristiwa pertempuran di Bukit Candu pada 14 Februari 1942 merupakan salah satu babak paling tragis dalam sejarah pertahanan Singapura semasa Perang Dunia Kedua, di mana Leftenan Adnan Saidi dan pasukannya dari Rejimen Askar Melayu menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi ancaman tentera Jepun yang jauh lebih besar dan lebih berkuasa. Meskipun mereka terpaksa menghadapi serangan-serangan bertalu-talu dari tentera Jepun, para askar Melayu menunjukkan semangat juang yang luar biasa walaupun dalam keadaan yang tidak memberikan harapan. Pada 8 Februari 1942, semasa serangan tentera Jepun, askar Jepun mendarat di Tanjung Penjuru, dekat Jurong. Dalam situasi kritikal ini, Platun ke-7 di bawah pimpinan Leftenan Adnan diarahkan untuk menahan kemaraan tentera Jepun di Permatang Pasir Panjang. Pertahanan di kawasan tersebut adalah sangat mencabar, dan hanya tujuh orang askar Melayu yang terselamat hidup setelah berhadapan dengan serangan yang hebat. Empat hari selepas itu, atas arahan pihak atasan, Leftenan Adnan dan pasukannya terpaksa berundur ke Bukit Candu. Kompeni “C” 1 Melayu di bawah pemerintahan Kapten Rix telah ditugaskan mempertahankan kawasan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Jika jatuh ke tangan Jepun, ia akan memberikan laluan langsung ke kawasan Alexandra di mana terletaknya hospital tentera dan depot peluru. Bukit Candu, tempat di mana pertarungan epik ini berlangsung, mendapat namanya daripada sebuah kilang candu yang terletak di kawasan tersebut. Lokasinya yang berhampiran dengan pinggir laut Pasir Panjang menjadikannya satu tempat strategik dalam pertahanan. Laluan persekitaran itu kini telah berubah menjadi jalan raya yang mengikut pesisir pantai, melambangkan perubahan landskap yang berlaku seiring dengan perkembangan zaman. Pada 13 Februari 1942, kedudukan kompeni "C" diserang oleh pasukan daripada Divisyen Chrysanthemum di bawah pimpinan Lt. Gen. Renya Mutaguchi. Askar Melayu bertindak cemerlang mempertahankan permatang mereka dan Askar Jepun terpaksa berundur. Pada 14 Februari 1942, Kompeni 'C' bergerak ke Bukit Candu dan diperkuatkan dengan tambahan anggota Askar Melayu menjadikan kekuatan anggota di bawah pimpinan Leftenan Adnan 42 orang kesemuanya. Kepimpinan Kapten Rix dari Kompeni C diiktiraf sebagai contoh semangat juang yang tinggi, sehingga beliau dan kebanyakan anggotanya terkorban dalam membela pertahanan mereka. Selain itu, Kompeni D juga menunjukkan keberanian yang luar biasa, berjaya mengorbankan 94 anggota tentera Jepun semasa mereka menghampiri kubu mereka, membuktikan kebolehan strategik dan keberanian pasukan tersebut dalam menghadapi musuh yang jauh lebih besar. Dalam situasi yang semakin genting, mereka berjaya mematahkan serangan pertama tentera Jepun di kawasan itu, yang diketuai oleh Mejar Kimura.

About