@unit.7.psp.offici: PERTANDINGAN MEMASAK PERKEP PSP Pada 19 April 2026 (Ahad), telah berlangsungnya Pertandingan Memasak Perkep (Persatuan Keluarga Polis) Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bertempat di Rumah PERKEP Unit 7 PSP Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan ketibaan Pengerusi PERKEP unit-unit PSP, diikuti ketibaan YBhg. Puan Norfarasha Binti Abdullah selaku Pengerusi PERKEP PSP. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Noor Zunita Binti Mohd Ibrahim, Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan. Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada penaja utama, Adabi NS Trading Sdn Bhd yang berpangkalan di Seremban dengan hidangan yang disediakan berasaskan produk-produk Adabi yang terkenal dengan kualiti dan keasliannya. Aturcara diteruskan dengan ucapan aluan dari YBhg. Pengerusi PERKEP PSP, bacaan doa serta ucapan Perasmian oleh YB Dato’, sebelum pertandingan memasak berlangsung dengan penyertaan daripada setiap unit PSP yang menampilkan kreativiti dan kemahiran dalam penyediaan hidangan. Selesai sesi penilaian oleh juri, keputusan pertandingan menyaksikan Unit 7 PSP Negeri Sembilan dinobatkan sebagai johan keseluruhan hasil daripada kerjasama mantap, persembahan yang kemas serta kualiti masakan yang cemerlang. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh YBhg. Pengerusi PERKEP PSP dan diakhiri dengan jamuan makan dalam suasana penuh mesra dan semangat kekeluargaan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkasa peranan PERKEP khususnya dalam kalangan warga Pasukan Simpanan Persekutuan dan dalam PDRM amnya. #Unit7PSP #PERKEPPSP #NegeriSembilan #ProgramKomuniti #SemangatBerpasukan

Unit 7 PSP Official
Unit 7 PSP Official
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 20 April 2026 16:05:37 GMT
12605
170
12
45

Music

Download

Comments

hanyayg_1
AahAmirNi :
assalamualaikum tuan maaf ckp... sedih sya tengok flat tu.. quarters kan?... berapa puluh tahun quarters tu... sedih sya tengok kediaman llp ni... apa2 pun terima kasih berkhidmat...
2026-04-21 14:34:29
3
merahseven
SEVEN :
Tengok keadaan umah barisan hadapan negara sedih kan…berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…
2026-04-23 07:50:26
4
wanredang2904
wan pulau redang :
pulau Redang hadir
2026-04-20 19:55:06
1
ownershilla
MiszQueen💋 :
2026-04-20 23:30:04
1
nasiayamhainan7
NASI AYAM LEGEND(BOSS JAI) :
👍
2026-04-21 04:34:31
2
user2584994392595
user2584994392595 :
🙏🏻🙏🏻🙏🏻
2026-04-20 23:56:09
1
panglima7601
Panglimamerah :
🤩🤩🤩
2026-04-21 00:35:08
1
To see more videos from user @unit.7.psp.offici, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About