@newswav: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan berdepan cemuhan dan kata-kata kesat ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, awal pagi Ahad (19 April). Rakaman video yang tular menunjukkan orang ramai menjerit dan menyuruh anggota bomba beredar serta melabel mereka tidak berguna ketika pasukan tiba di lokasi kejadian. Situasi tegang itu berjaya dikawal selepas pihak polis campur tangan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menyifatkan insiden seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa dan merupakan cabaran dalam tugas mereka, sambil menegaskan mereka memahami keadaan emosi mangsa. Kebakaran besar tersebut dilaporkan memusnahkan sekitar 1,000 rumah di Kampung Bahagia sekitar jam 1.30 pagi. Operasi pemadaman turut menghadapi kesukaran akibat laluan sempit yang menjejaskan pergerakan jentera bomba. #Viral #Malaysia #fyp #tiktokmalaysia #Tular #beritaterkini #infoterkini #kebakaran #bomba