@barbarossapro: 🛥️KAPAL MPMS 2🇲🇾 Langkah Strategik Memperkukuh Operasi Maritim Negara “Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kepimpinan serta sokongan berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keupayaan keselamatan negara, termasuk pemerkasaan aset strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.” — YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri CIRI & KEUPAYAAN UTAMA MPMS 2 🔹 Panjang 99 meter, lebar 17 meter 🔹 Kelajuan maksimum melebihi 20 knot 🔹 Keupayaan operasi berterusan sehingga 30 hari tanpa ulang bekal 🔹 Menempatkan 70 kru dan 30 anggota tambahan 🔹 Kemudahan sel tahanan sehingga 45 tahanan 🔹 Geladak helikopter & sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) 🔹 4 Bot Pemintas Laju (FIC) untuk rondaan dan tindakan segera 🔹 Dilengkapi hospital mini dan sistem persenjataan bersesuaian. ASET STRATEGIK NEGARA Kapal MPMS 2 yang akan dibina oleh Desan Shipyard, Türkiye, bernilai kira-kira US$83.75 juta (RM350 juta), berfungsi sebagai aset pelengkap penting bagi operasi jarak jauh, pemantauan, risikan serta penguatkuasaan undang-undang maritim. KDN menerusi APMM terus memperkukuh keupayaan keselamatan perairan negara melalui perolehan Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) 2, khususnya bagi menyokong operasi strategik di Laut China Selatan. Perolehan aset berteknologi tinggi ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan kesiapsiagaan agensi keselamatan maritim negara sentiasa berada pada tahap optimum bagi menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks. Kapal MPMS 2 yang akan dibina oleh Desan Shipyard, Türkiye, bernilai kira-kira US$83.75 juta (RM350 juta), dilengkapi keupayaan operasi jarak jauh termasuk geladak helikopter, sistem pesawat tanpa pemandu (UAV), bot pemintas laju serta kemudahan sokongan penguatkuasaan undang-undang maritim. Perolehan MPMS 2 diyakini mampu meningkatkan keyakinan rakyat bahawa keselamatan perairan negara terus menjadi keutamaan Kerajaan, selaras dengan peranan teras KDN dalam memelihara kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara. Sumber: Kenyataan Media APMM 8 Januari 2026 #MalaysiaMADANI #KerajaanMADANI #KementerianDalamNegeri #APMM #KDN2026
BARBAROSSA
Region: MY
Tuesday 21 April 2026 23:26:53 GMT
Music
Download
Comments
PRuMedia :
#kdnmadani APMM 💪🥰🥰
2026-04-22 00:25:23
2
nizzamahmad73 :
kerajaan yg kuat bekerja seperti ini yg rakyat benci sangat. sangat tak faham
2026-04-22 03:18:38
3
Agros Zs :
turkiye, ingat satu video
2026-04-23 13:09:56
1
LANJAWANG :
🥰🥰🥰
2026-04-21 23:39:12
2
Mohd Nasir my choice :
alhamdulillah
2026-04-22 16:16:51
3
To see more videos from user @barbarossapro, please go to the Tikwm
homepage.