@apmkelantan: MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA & AMANAT KPj 2026 SERTA MAJLIS PENGHARGAAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI KELANTAN (ZON SELATAN) GUA MUSANG, 21 APRIL 2026 (SELASA) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan (Zon Selatan) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Setia & Amanat KPj 2026 serta Majlis Penghargaan bertempat di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Gua Musang. Majlis telah disempurnakan oleh YS Kol. (PA) Effendy bin Hj. Ali yang mewakili YAS Ketua Pesuruhjaya APM, yang turut menyampaikan amanat serta kata-kata motivasi kepada warga APM agar terus komited dan bersiap siaga dalam melaksanakan tugas. Majlis ini turut diisi dengan pelbagai acara utama termasuk penyampaian watikah dan penyelarasan pangkat Skim KP dan Pegawai Bersekutu, penyerahan Sijil dan Lencana Kepujian Ketua Pesuruhjaya (KKP), Anugerah PDPA Cemerlang serta Sijil Penghargaan Jabatan (SPJ) kepada rakan strategik sebagai tanda pengiktirafan kepada pegawai dan anggota atas sumbangan cemerlang mereka, dengan kehadiran barisan kepimpinan negeri, wakil agensi serta warga APM. #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #fyp