@puspawangiiiiii: Ramai yang salah faham, kononnya Kerajaan MADANI atau PETRONAS menjual minyak kita ke luar negara. Hakikatnya, diesel tersebut adalah milik syarikat antarabangsa (Viva Energy & BP Australia) yang hanya menggunakan Malaysia sebagai pusat penyimpanan logistik. Minyak ini bukan dari perut bumi Malaysia, sebaliknya dibeli dari negara luar dan disimpan sementara di sini sebelum dieksport semula. Istilah "dari Malaysia" hanya merujuk kepada lokasi pelabuhan penghantaran, bukannya asal-usul minyak tersebut. Jadi kita perlu fahamkan fakta sebenar iaitu tiada hasil bumi atau subsidi rakyat yang tiris ke negara luar dalam isu ini. #MADANIBekerja #Petronas #diesel