@mayusahat: SLE ni bukan sekadar “imun lemah” macam orang selalu cakap babe. Hakikatnya, sistem imun kita jadi keliru terlalu aktif, tapi salah arah. Sebagai pesakit, kita selalu tertanya-tanya macam mana badan sendiri yang sepatutnya lindungi kita, boleh tiba-tiba jadi “musuh”? Dalam dunia perubatan, ini dipanggil penyakit autoimun. Sistem imun kita hasilkan autoantibodi contohnya anti-dsDNA yang serang tisu sendiri termasuk kulit, sendi, buah pinggang, malah otak. Sebab tu kita bukan sekadar penat biasa. Kita penat yang tak nampak. Dalam diam, keradangan kronik berlaku setiap hari walaupun dari luar orang nampak kita okay. Kajian dari National Institutes of Health dan The Lancet Rheumatology tunjuk jelas bahawa SLE melibatkan gangguan sistem imun iaitu sel B dan sel T jadi terlalu aktif, dengan peningkatan cytokines seperti interferon-alpha. Ini yang menyebabkan flare dimana tiba-tiba sendi sakit, ruam muncul, badan jatuh tanpa amaran. Ironinya dalam masa yang sama, walaupun imun kita overactive, kita tetap mudah jatuh sakit. Sebab sistem imun kita “sibuk menyerang diri sendiri”, dan rawatan seperti steroid atau immunosuppressant pula menekan sistem imun untuk kawal penyakit. Kita hidup di tengah-tengah dua keadaan iaitu terlalu aktif, dan dalam masa yang sama terlalu rapuh.Dan di sinilah ramai orang salah faham. Bila kita sakit, orang akan cakap, “kena kuatkan imun makan yang boost immune.” Hakikatnya, untuk kita itu tak semudah itu. Dalam SLE, kita tak perlukan imun yang “lebih kuat”. Kita perlukan imun yang “lebih terkawal”. Kalau kita terlalu rangsang imun termasuk melalui supplement atau makanan tertentu yang terlalu “immune booster” kita ada risiko sistem imun kita jadi lagi agresif dan itu boleh trigger flare. Sebab tu pendekatan sebenar bukan boost, tapi regulate bantu kawal immune tak terlalu kuat tak terlalu lembut ek babe Kita belajar pilih makanan yang tenangkan keradangan, bukan yang membakar lagi contoh ikan berlemak yang tinggi omega-3, sayur hijau, buah berpada, protein cukup untuk baiki tisu, dan vitamin D yang bantu seimbangkan imun. Vitamin C bagus tau. Apatah lagi vitamin c.i.n.t.a hahhaha kemain. Dalam masa yang sama, kita cuba jauhkan yang boleh mencetuskan radang sepertu makanan ultra-proses, gula berlebihan, dan apa-apa supplement yang janji “naikkan imun cepat” tanpa kawalan. Kadang kita sendiri pernah lalui niat nak sihat, tapi tiba-tiba badan flare balik. Bukan sebab kita salah usaha. Tapi sebab badan kita memang perlukan pendekatan yang berbeza. Jadi bila orang nampak kita rehat, tarik diri, atau terlalu jaga makan itu bukan kita mengada.Kita sedang belajar hidup dengan sistem imun yang tak lagi tahu beza antara kawan dan lawan.Kita bukan lemah. Kita sedang bertahan setiap hari, dalam cara yang orang tak nampak. SLE ajar kita satu perkara yang sangat mahal kita tak boleh paksa badan yang sedang berperang untuk jadi “lebih kuat”. Kadang yang paling kuat adalah bila kita pilih untuk tenangkan, seimbangkan, dan teruskan hidup walaupun dalam keadaan yang tak pernah benar-benar stabil. Itulah ceritanya babe. #sle #lupus #autoimmunedisease #doktor #enterpreneur
Mayu Sahat
Region: MY
Monday 27 April 2026 03:44:07 GMT
Music
Download
Comments
bts_lover886 :
😭😭aku dah 3 hari skip ubat....jadi bosan tengok ubat...tapi aku takut...
aku penat tapi org terdekat tak faham..aku cakap aku penat ...tapi...
2026-04-27 09:03:45
1
Dora_Lupie :
Mintak imun terkawal tapi bila dah jaga diri elok tiber ada yang buat kita stress 😂😂😂
2026-04-27 05:25:22
4
it Her#🤩 :
iye sy Sle dari umur 5 tahun,bile tanpa ada buat pape tapi penat mula la org ckp ngade la,wayang la,manja la..tapi hakikatnye kite je tau rasa mcm mana
2026-04-27 06:12:46
2
zakir :
baru lepas cucuk steroid.. xblh nk cite ape yg kita rasa.. penat secara tiba2..
2026-04-27 06:00:42
0
To see more videos from user @mayusahat, please go to the Tikwm
homepage.