@umnoonline: KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr @Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan 14 Adunnya di Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun adalah keputusan mereka sendiri. Presiden UMNO itu bagaimanapun mengakui sudah dimaklumkan mengenai tindakan berkenaan.
UMNO Mungkir janji?
PKR Negeri Sembilan menuduh BN Negeri Sembilan mungkir janji.
Ini satu usaha memburukkan BN sambil menutup bangkai gajah!
Keruncingan politik di Negeri Sembilan berpunca daripada kegagalan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pakatan Harapan menyelesaikan masalah antara Undang Yang Empat dan Yang Di Pertuan Besar secara bijaksana.
Orang ramai mungkin tidak tahu, tapi isu ini telah berlarutan sejak dua tahun lalu lagi. Ia bukan baru bermula minggu lepas. Dan sepanjang tempoh itu Menteri Besar gagal mengharmonikan keadaan.
Kebanyakan penyokong dan ceplos PH, mungkin tidak faham Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.
Mereka beranggapan kedudukan Yang Di Pertuan Besar adalah sama seperti Sultan negeri lain. Mereka beranggapan Undang Yang Empat hanya pembesar adat istiadat tanpa kuasa.
Jadi tidak hairan apabila ceplos-ceplos mereka menyokong tindakan Menteri Besar 'menyergah' Undang Yang Empat. Mereka beranggapan Undang Yang Empat derhaka kepada Yang Di Pertuan Besar dan Menteri Besar betul kerana menyebelahi Yang Di Pertuan Besar.
Mereka tidak faham bahawa kedudukan Undang Yang Empat adalah setara dengan Yang Di Pertuan Besar. Hanya Yang di Pertuan Besar diangkat sebagai wakil Adat Istiadat Negeri dan agama Islam.
Tidak ada satu pun perkara yang memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Besar tidak melibatkan pekenan Undang Yang Empat. Ini termasuk dalam pelantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Justeru apabila Aminuddin 'mengherdik' Undang Yang Empat minggu lalu mereka tidak faham mengapa UMNO NS menjadikan ia satu isu besar.
Kemuncaknya tentulah apabila Sidang DUN tidak dapat diteruskan kerana Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin bukan sahaja tidak hadir perasmian DUN malah secara terbuka memprotes acara tersebut.
Sepanjang lebih dua minggu kemuncak pertelingkahan Aminuddin langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada Undang Yang Empat, apatah lagi mahu mengadakan pertemuan dan mencari titik penyelesaian.
UMNO NS bukan sahaja tidak dibawa berunding dalam hal sebesar ini, malah terkait pula dengan kebiadapan Aminuddin kepada Undang Yang Empat kerana mereka sebahagian Kerajaan Negeri.
- Jalil Backer
2026-04-27 12:04:26
12
fiqri :
rakyat baru nk percaya kat BN..tp syg sekarang kepercayaan tu dah runtuh mcmtu je
2026-04-28 06:36:35
4
PCS Studio :
BN N9 tarik sokongan xreport kat ketua ke? ketua restu kan? hihi
2026-04-28 01:27:02
0
PakLong_abamzull :
Ini la org kata "test market" langkah awal utk tunjuk kekuatan mereka?
2026-04-28 06:12:51
0
Zaikamar :
The next PRU, rakyat Malaysia boleh fikirlah nak undi siapa. For UMMAH ini peluang terbaik utk keluar drpd UMDAP. Kalau kepentingan diri sendiri adalah lebih penting drpd rakyat, fikir2kan lah.
2026-04-28 11:30:27
0
dakulau :
👍👍👍👍
2026-04-27 11:45:40
3
maf14 :
👍❤️
2026-04-27 12:35:38
2
AzrulRazleen :
🥰🥰🥰
2026-04-27 11:35:22
2
Marx Aideit Samani :
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
2026-04-27 13:26:36
1
MyDin Oleh :
😂🤣😂🤣😂🤣😂
2026-04-28 05:45:39
0
Irham Salim :
😇😇😇🤣🤣🤣🤣🤣
2026-04-28 13:25:57
0
ahmadburhanuddin790 :
🥰
2026-04-28 06:21:03
0
Anyway Ma :
😁
2026-04-28 09:13:17
0
user202685880199 :
😂
2026-04-28 01:28:47
0
To see more videos from user @umnoonline, please go to the Tikwm
homepage.