@nk360_: SEREMBAN: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan pagi ini diteruskan seperti biasa dan berjalan lancar di Wisma Negeri, di sini. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, beliau telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz sekitar jam 9 pagi bagi mendapatkan perkenan berhubung pelaksanaan Mesyuarat Exco tersebut. “Saya diminta untuk meneruskan Mesyuarat Exco agar ia berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada kelulusan perkara-perkara berkaitan keperluan rakyat dan Tuanku telah memperkenankannya,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan mesyuarat tersebut turut dibuat atas permintaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahu urusan pentadbiran negeri diteruskan seperti biasa. “Ia juga atas permintaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri supaya mesyuarat hari ini diteruskan dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini. Tambah beliau, keutamaan dalam mesyuarat tersebut adalah memastikan segala keperluan rakyat terus didahulukan dan dilaksanakan sebaiknya. Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan mesyuarat pada hari ini tidak membincangkan hal-hal berkaitan perjawatan, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan pentadbiran serta kepentingan rakyat. “Walau apa pun keadaan semasa, agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan negeri,” katanya. 📹 : Farhanah Wahab #news #negerisembilan #2026 #aminuddinharun #menteribesarnegerisembilan

Negerikita360
Negerikita360
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 29 April 2026 07:28:31 GMT
1934
55
3
7

Music

Download

Comments

abah4785
Abah :
dato mb, perkenankan mesy khas DKU pada 5.3.26, untuk memberhentikan Rahim dan mengantikan kpd hj Hassan bin Abd Hamid sebagai Undang Rembau yg ke 22.
2026-04-29 19:45:15
0
aziz.zakaria28
Aziz Zakaria :
👍👍👍
2026-04-29 13:21:39
0
To see more videos from user @nk360_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About