@broafiq_umrah: 12 Julai 2025 — tarikh yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup. 🤍 Bermula langkah dari KLIA bersama 30 orang jemaah, terdiri daripada warga emas dan anak-anak muda, dengan satu niat yang sama… menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Ada yang pertama kali menaiki kapal terbang jauh, ada yang membawa doa dan harapan bertahun lamanya. Setiap wajah menyimpan kisah dan pengorbanan tersendiri. #umrah #kaabah🕋 #makkah