@nogoripost: Balai Undang Luak Sungei Ujong diarah kosong serta-merta SEREMBAN : Krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan semakin panas apabila Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuatkuasa serta-merta. Surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertarikh 29 April itu mengarahkan pengosongan dilakukan merujuk kepada keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bertarikh 17 April lalu. Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Akmal Farid Rizal Noordin. "Sehubungan dengan itu, pihak tuan diarahkan untuk melaksanakan pengosongan Bangunan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuatkuasa serta-merta. "Semua aset-aset Kerajaan Negeri yang didaftar di premis Balai Undang Luak Sungei Ujong hendaklah berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan semula kelak," menurut kandungan surat berkenaan. Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, difahamkan pegawai yang sebelum ini bertugas di balai itu telah diarahkan bertukar penempatan. Dalam pada itu, wakil Pejabat SUK Negeri Sembilan telah menghantar surat pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong kira-kira pukul 4.50 petang tadi. Wakil Pejabat Balai Undang Luak Sungei Ujong kemudian mengesahkan menerima surat tersebut dan pihaknya akan merujuk kepada peguam untuk tindakan selanjutnya. Berita lanjut di nogoripost.com. #nogoripost #undangluaksungeiujong #krisis #negerisembilan

Nogori Post
Nogori Post
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 30 April 2026 13:46:14 GMT
153090
2748
73
229

Music

Download

Comments

alberto_suarez
𐌁𐌋𐌀𐌂𐌊Ꮭ𐌀𐌂𐌊 :
Apa kuasa kerajaan negeri mencampuri undang2 adat?
2026-06-08 06:10:15
36
choilim29
kingcrab :
tuanku muhkriz YDPB N.9 yg sah
2026-06-07 14:50:52
26
hajahnatiseh56
hjhnatiseh :
rumah mcm istana
2026-04-30 23:08:42
12
jmn03669
BroJoe :
Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang yang penting bagi memastikan kuasa Undang Yang Empat untuk menurunkan atau menggantung Yang di-Pertuan Besar tidak digunakan secara sewenang-wenangnya, bermotifkan kepentingan peribadi, tekanan politik atau ugutan bagi memperoleh manfaat tertentu. Kehendak siasatan yang teliti, alasan yang sah dan pematuhan kepada prinsip keadilan asasi melindungi integriti institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Sekiranya wujud preseden bahawa Yang di-Pertuan Besar boleh diturunkan tanpa pematuhan ketat kepada Perkara 10, ia berpotensi melemahkan kestabilan institusi diraja, menjejaskan kedaulatan undang-undang dan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa pada masa hadapan.
2026-06-06 15:05:02
5
iskandarsulaimanthehero
hero :
siapa dia kerajaan negeri tu? sebut nama dia
2026-04-30 14:32:00
12
pak.tam.herry
Herry :
dah tentu ASET kerajaan bkn peribadi
2026-05-01 01:43:03
8
draconian727
draconian :
sapa ganti lps ni
2026-05-01 04:54:35
0
shahrulkann
Shah Rul Kan :
2026-05-01 03:10:34
0
bam_bam1355
😜🐊bam.bam🐊😜 :
kes apa ya cuba terangkan tak faham
2026-05-01 22:27:25
0
booyoot28
BooYoot :
kesian rakyat n9
2026-06-08 15:39:29
1
hazri.ramle
Ogie5571 :
Rembau bila lg???
2026-06-08 19:35:11
0
hairudin113
Deen :
umur AQ dah 41 tahun baru sekarang perkara seperti ini boleh berlaku...
2026-05-01 21:07:41
2
ymdbjk
YMDBJK :
Sejarah x tidak pernah hilang
2026-05-05 07:03:19
20
pomencomot
pomencomot :
rosak klo ada campur tangan org politik..
2026-05-01 00:27:02
51
khairul.bahri16
Khairul Bahri :
Lagi haru dari pentadbiran British. Ini hanya boleh berlaku dizaman kerajaan Madani.
2026-05-01 07:44:12
12
dmitri5936
DMitri :
Dewan Kerabat Dan Undang dicampur tangan oleh MB? Bermakna ianya tidak dipatuhi dan dihormati.
2026-05-01 01:49:26
20
addeen3911
Addeen :
N.Sembilan yg ada skrg dlm gabungan Persekutuan Tanah Melayu , jdi bererti banyk proses yg perlu dibuat untuk turunkan Raja . Walau dulu 9 dn 4 Undang berkuasa penuh dizaman Fuedal tapi skrg banyk proses yg kena hadap. Raja tu bukn ketua kampong atau penghulu tapi Raja N.Sembilan
2026-05-01 10:43:22
5
mujamumu93
mumu🙉 :
ni dh kacau adat ni
2026-05-01 02:50:29
7
xixanstudio
Xi Xan :
Kerajaan Adat diganggu kerajaan negeri?
2026-05-01 04:21:23
5
pipizola836
𝒦𝒽𝒶𝓁𝑒𝒹𝒶 𝓎𝒶𝓈𝓂𝑒𝓃 ꫂ❁ :
kdg2 aku marah jugak.. sb ni adat negori sembilan...jgn suka2 hati halau...
2026-06-08 11:01:50
2
psycho_foo
Kazuyaaa. :
Cane ehh, aku dokk baca semua komen apa semua dah berhari hari, okayy aku faham yg undang luak 4 adalah tuan tanah kan ? Betul ke ? Kalau salah maaf yaa 😅 YAMTUAN dilantik dgn persetujuan 4 undang luak betul kan ? Tpi ni apa pasal pulakk undang luak kena pecat ni 😂 mcm dah lain je, mohon pencerahan pada pakar semua
2026-06-08 12:56:54
2
asarihashim41
MOHD ASARI BIN HASHIM :
MB N9 melampaui undang
2026-05-06 00:25:47
3
nrizanpesona
nrizanpesona :
malu la bila org luar bertanya dh kenapa dgn negeri sembilan ni??
2026-05-03 07:26:48
2
krull038
krull :
orang politik dulu tak masuk campur
2026-05-01 06:25:35
5
ummairahhumaira
UmmairahHumaira :
kerajaan yg rakyat negeri9 mahukan
2026-05-01 08:29:45
2
To see more videos from user @nogoripost, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About