@gerakanpengundisedar4: Ye betul, kami setuju dengan kenyataan menteri supaya kita jauhi program yang melalaikan. Tapi alangkah baiknya menggunakan 'KUASA' yang menteri ada untuk bantah dan desak batalkan program maksiat yang merosakkan masyarakat. Teguran, nasihat sudah banyak diberikan oleh pelbagai pihak. Kami mahu menteri gunakan 'KUASA' yang ada untuk memartabatkan Islam di dalam negara. Rakyat mahukan langkah KONKRIT! Menteri hanya buat hantaran di media sosial peribadi, sedangkan menteri boleh buat kenyataan rasmi melalui saluran kementerian. Menteri boleh bawa isu ini ke kabinet cadangkan polisi, beri alternatif program yang lebih baik, berkerjasama dengan pihak berkuasa dan sebagainya. Banyak cara yang menteri ada tapi hanya pilih untuk 'up status' sahaja. Oleh sebab itu, pentingnya kita pilih pemimpin berwibawa yang tahu guna 'KUASA' yang ada dengan baik. Sumber: - Kenyataan Menteri Agama https://www.facebook.com/share/1LPwKbowsj/?mibextid=wwXIfr . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar