reza :
Tugasku menemanimu mungkin sudah sampai di penghujungnya. Kini tiba saatnya aku melangkah perlahan pergi, membawa semua rasa yang pernah kita bina bersama. Bukan kerana aku tidak lagi sayang, tetapi kerana aku belajar bahawa tidak semua yang kita cintai ditakdirkan untuk kita miliki selamanya.
Aku percaya kamu orang yang baik, yang punya hati yang pernah membuat aku merasa tenang walau dunia sedang tidak baik-baik saja. Tapi semakin lama, aku juga sadar… ada perbedaan antara seseorang yang kita cintai dan seseorang yang memang ditakdirkan untuk kita. Dan mungkin, aku hanya hadir sebagai persinggahan, bukan tujuan akhir.
Mengikhlaskan kamu bukan perkara mudah. Ia bukan keputusan yang dibuat dalam sekelip mata, tetapi hasil dari banyak malam yang sunyi, banyak doa yang tidak berbalas, dan banyak air mata yang jatuh tanpa suara. Aku belajar untuk melepaskan, walaupun hati masih ingin bertahan.
Kamu adalah bahagiaku, itu tidak pernah berubah. Tapi aku juga akhirnya mengerti, bahagia kamu mungkin bukan aku. Dan mencintai seseorang kadang-kadang bukan tentang memiliki, tetapi tentang rela melihat dia bahagia walaupun bukan bersama kita.
Jika suatu hari nanti kamu mengingat aku, ingatlah bahawa ada seseorang yang pernah mencintaimu dengan tulus, tanpa syarat, tanpa tuntutan. Dan walaupun aku pergi, aku tidak pernah benar-benar membenci. Aku hanya memilih untuk berhenti mencintai dalam diam, demi menyelamatkan diri sendiri yang sudah terlalu lama menunggu sesuatu yang belum pasti.
Selamat tinggal. Bukan kerana aku berhenti peduli, tetapi kerana aku akhirnya belajar untuk mengikhlaskan.
2026-05-10 22:41:11