Juki 🙂 :
Hari Khamis tu aku niat nak buat sedekah untuk arwah Abah, tapi bila tengok senarai memang rasa mustahil nak siap sorang diri — masak spaghetti 49 pax, aglio olio 35 pax, beli 6 karton air mineral, keluar lunch dengan kawan, ziarah kubur Abah, dan solat Zohor Asar. Aku doa dan serah semuanya pada Allah. 10am Aku mula masak spaghetti dan tengah pack masuk waktu Zohor, aku berhenti solat & solat sunat. Lepas tu aku dah risau sebab nak kena pergi lunch, memang rasa tak sempat nak siapkan semua. Tiba-tiba kawan call cakap hujan lebat dekat tempat dia, dia tunggu hujan berhenti dulu, tapi dekat rumah aku tak hujan pun sedangkan masjid tu tak jauh pun. Masa tu aku terus sambung pack dan alhamdulillah siap semua. Lepas tu aku pergi lunch, habis makan terus beli air mineral, balik masak aglio olio, masuk waktu Asar aku solat dulu sepat solat sunat sebelom asar, lepas tu sambung pack. Semua siap, aku terus bawa pergi ziarah kubur Abah, lepas tu hantar ke masjid. Yang paling aku tak sangka, aku masih ada lebih kurang 30 minit sebelum Maghrib. Bila kita serah pada Allah, Dia susun semuanya lebih baik dari apa yang kita rancang. Terima kasih ya Allah 🤍
2026-05-03 13:50:09