@hanifahhajartaib_: Perarakan budaya bertemakan “Tiada Seuniknya” mencuri tumpuan pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2026 dengan menampilkan kepelbagaian etnik dan keunikan warisan budaya Sarawak yang penuh warna-warni. Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negeri termasuk Timbalan Premier Sarawak serta YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib mencerminkan komitmen berterusan dalam memartabatkan tradisi dan memperkasa sektor pelancongan tempatan. Dengan pelbagai pengisian menarik sepanjang penganjuran, Pesta Kaul bukan sahaja menjadi wadah memelihara identiti budaya masyarakat, malah berpotensi merancakkan ekonomi setempat serta menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar kawasan.